zwani.com myspace graphic comments

Jangan Elak Minum Susu


Susu bukan hanya untuk bayi, kanak-kanak dan wanita sahaja. Lelaki juga masih masih memerlukan susu untuk mengekalkan kesihatan. Susu kaya dengan zat protein untuk membina tubuh, vitamin serta mineral-mineral yang penting. Bahkan, susu juga aalah pembekal kalsium yang baik, iaitu sejenis mineral yang dapat membentuk tulang yang kuat dan padat . Untuk jangka masa panjang, susu adalah benteng yang paling sesuai untuk mencegah osteoporosis. Kalau anda tak suka minum susu tepung, pilihlah susu segar atau susu berperisa. Tak kiralah diambil pada suhu panas atau sejuk, usahakanlah untuk meminum sekurang-kurangnya segelas susu sehari. Semoga kesihatan diri kita akan sentiasa terpelihara.

4 comments:

Memang benar susu baik untuk kesihatan. Ia kaya dengan kalsium. Itu yang saya tahu. Yang lain tak check plak. Hehe. Bagi orang dewasa, bagus untuk mengelakkan daripada mengalami tulang reput atau lebih dikenali 'Osteoporosis'. Terutamanya wanita. ;)

November 4, 2007 at 8:38 PM  

Errrmm...bagaimana pulak dengan susu cap Gant***...hehehheheh..lagi berkhasiat, khususnya utk bayi sebelum berumur 3 tahun...tak gitu intan? Untuk bapak2 pulak camne?

November 4, 2007 at 11:31 PM  

Susu memang bagus untuk kekuatan tulang. Kalau untuk bayi,memanglah susu cap gant*** lagi bagus. Tapi, kalau untuk BAPAK2...susu lembu pelbagai cap banyak dipasaran. Pilih aje mane yg bapak2 suka...macam2 perisa ada..strawberi,coklat,asli,vanilla...semua ada. Pendek kata, macam2 ada..

November 5, 2007 at 8:45 AM  

adeiii... kelat mmg x minum susu ler intan... rasa nak tmuntoh jer... bau susu tepong lg x bleh... adeiiiiii...

December 11, 2007 at 8:15 AM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran