skip to main |
skip to sidebar
Satu ujian telah dilakukan terhadap 25 orang lelaki berumur antara 18 hingga 68 tahun dan mendapati mereka yang meminum campuran madu dan air mempunyai tingkat antioksida lebih baik dalam darah mereka daripada mereka yang tidak meminumnya langsung.
Menurut satu kajian yang dilakukan di Universiti Illinois, Amerika Syarikat, madu dipercayai membantu mengurangkan serangan penyakit jantung. Khasiat yang ada pada manisan ini dipercayai membantu melancarkan pengaliran darah menerusi arteri dan memiliki kesan perlindungan yang memberangsangkan. Jumlah antioksida dalam madu sama dengan sebiji epal, pisang, jeruk dan strawberi. Madu hitam dikatakan mempunyai antioksida paling baik serta banyak dan ianya bagus untuk kesihatan jantung.
Home
Salam..
Bagus posting nih..Sesuai untuk saya..Hehe..Madu asli susah skit nak cari sekarang ni..Any idea nak cari yang betul asli? Hehehe..;)
Unknown said...
November 4, 2007 at 1:01 PM
Memang susah nak cari yang asli. Insya Allah, kalau saya dapat maklumat kat mana2 tentang madu asli, saya akan bgtau dean.
intansabreena said...
November 4, 2007 at 1:32 PM
Rasanya bagi perokok tegar mcm aku ni sesuai gak cara sebegini injuk injap jantung tu..kalu idak tentunya everhaul...wakakakkak..amcam dean? Ko perokok tegar jugak ke? wakakakka
azlanlin said...
November 4, 2007 at 11:28 PM
Alamak...azlanlin ni perokok tegar ke? Kalau boleh, jgnlah jadi perokok lagi. Fikirkan diri sendiri. Kalau tak nak fikirkan org lain, diri sendiri mesti diutamakan. Kesihatan perlu dijaga. Kalau kita tak jaga, siapa lagi nak jaga kesihatan diri kita? Dah ramai org yg saya kenali berhenti merokok disebabkan sakit di dada, keracunan paru2 dan pelbagai lagi termasuklah ayah saya sendiri. Selepas berhenti merokok, Alhamdulillah...dia sihat sampai sekarang.
intansabreena said...
November 5, 2007 at 8:50 AM