skip to main |
skip to sidebar
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segala...Apa yang tiada dalam syurga?...Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok...Untuk diluruskan lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus...Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah...kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah...
Didiklah mereka dengan panduan dari Nya...Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita...Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang Kekal. Disitulah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu...Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan Iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan...Ia bukan diskriminasi Allah....sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus...Bahkan akan semakin membengkok...Itulah hakikat andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki huru-hara...Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...Pastikan sebelum wanita menuju Illahi, pimpinlah diri kepadaNya...Jinakkan diri kepada Allah...Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'...Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.
"BICARA ILMU ; PERMATA YANG HILANG...WANITA IDAMAN MAHLIGAI SYURGA" ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN KEROHANIAN KOLEJ TENAGA NASIONAL 2001
Home
MENARIK DAN TERTARIK:
artikel Wanita ini ada kuasa tarikannya. Ingatlah, tulang rusuk yang bengkok, jika hendak diluruskan dengan KUAT, akan PATAH, dibiarkan LURUS SENDIRI...akan terus MEMBENGKOK...ermmm...ada komen INTAN?
azlanlin said...
November 9, 2007 at 7:49 PM
Disebabkan itu...jgn bengkokkan dia dgn terlalu kuat. Jgn pula dibiarkan saje tanpa ada usaha utk meluruskannya. Luruskan dia dgn lemah-lembut, penuh kasih sayang dan ikhlas..Insya Allah, segala kerja yg kita buat dgn ikhlas beserta niat kerana Allah, akan dikabulkan Allah.
intansabreena said...
November 10, 2007 at 11:33 AM
setiap usaha kena dilakukan dengan sabar dan perlahan-lahan..ibarat mencari rezeki, jangan di harap menjadi kaya sekelip mata...
arsaili said...
November 10, 2007 at 11:49 AM
INtan:
Bagaimanapula nak cepat, nak laju utk terus ke depan..dengan lambat2 camni, tak ke tertinggal atau kena tinggal pulak?..komen le gi Intan..hehhehe
azlanlin said...
November 11, 2007 at 12:48 PM
Sabar itu separuh daripada Iman. Dengan bersabar...byk faedah yg akan kita dpt. Mungkin utk mendapat sesuatu, kadang2 seseorg itu tidak sabar...Disebabkan tidak sabar itulah, pelbagai kejadian yg tidak diingini biasanya terjadi. Org yg byk bersabar selalunya akan disayangi dan dikasihani Allah. Byk2lah bersabar Azlan, mgkin kita rasa seperti ketinggalan...tapi hakikat dan yang pentingnya kita BERJAYA.
intansabreena said...
November 11, 2007 at 6:42 PM
slm sejahtera slm Maulidur Rasul...nak bertanya sedikit...adakah penulis karya ini dan Amran Azahari/Sri Aman org yang sama?...cuma nak siasat takut dia plagiat karya ini sahaja...terima kasih ya...
ini alamat blog saya..
http://sangpujanggalangit.blogspot.com/
ss(sazalee sulaiman)/spl(sang pujangga langit)/pm(pelaut malang)...itulah aku said...
February 6, 2012 at 1:03 PM