zwani.com myspace graphic comments

Anakku Kurang Sihat

Anak kedua aku kurang sihat. Kesian dia. Puncanya berjangkit dari abangnya. Mula-mula abangnya yang batuk selsema. Lepas sihat abangnya, adiknya pula diserang batuk, selsema dan demam sekali. Kesian aku tengok dia. Terbatuk-batuk. Selera makan pun kurang. Tak macam selalu. Selalunya, dialah yang kuat makan. Pantang apa saja makanan yang ada, semua nak dimakan. Sejak 2, 3 hari ni...selera makan dia kurang pulak. Semua benda ditolak. Sedih aku tengok dia... Kebetulan, semalam juga birthday suami aku...tak ada apa yang istimewa. Maklumlah, anak kurang sihat...aku pun jadi macam orang tak sihat. Konon-konon nak masak speacial untuk suami aku. Tapi, semuanya tak menjadi. Nantilah, bila semua dah sihat....aku nak masak special juga untuk suami dan anak-anak ku.

Malam tadi, masa dia tengah tidur.... dia terbatuk-batuk sampai termuntah. Keluar susu yang baru lepas diminum. Matanya masih pejam tapi mulut keluar muntah. Naluri hati aku sebagai seorang ibu....ish, sedih tak terkata. Kesian anak aku. Kalau anak-anak aku sihat, macam-macam aktiviti lasak yang mereka buat sampai aku tak keruan. Tapi, kalau mereka tak sihat...hati aku selalu tersentuh.

Lepas dia muntah, hingar-bingar pulak bunyi mercun di sekeliling rumah aku. Maklumlah, jiran-jiran menyambut Deepavali. Jiran depan rumah aku tak balik rumah emak dia ke? Anak baru seorang, tapi sambut Deepavali dekat rumah sendiri. Apa salahnya baliknya rumah orang tua? Agaknya berbeza budaya kita dengan budaya mereka. Lama pulak tu bunyi dentam-dentum mercun depan rumah aku. Terperanjat anak-anak aku. Ish...kalau tak fikirkan dia tu jiran, memang dah kena 'sound' dengan aku. Mengganggu tidur anak-anak kecil.

Harap-harap kesihatan anak aku akan cepat pulih. Biarlah dia sihat seperti biasa. Biar dia aktif, lasak... dan apa-apa sajalah, asalkan sihat daripada muram dan tidak sihat. Sebagai ibu... tidak pernah lekang dari mulutku untuk mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan ketaatan mereka kepada Allah. Semoga anak-anak aku menjadi anak-anak yang soleh, sihat, baik budi pekerti, bijak pandai dan sentiasa berbahagia kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Mungkin sekarang pelbagai ujian dan cobaan terpaksa aku tempuhi untuk membesarkan mereka. Memandangkan anak-anak aku ni lasak-lasak. Tapi, aku yakin satu hari nanti merekalah yang akan menyenangkan aku. Doa-doa dari mereka yang akan membahagiakan aku sewaktu aku sudah tiada di dunia ini lagi. Semoga anak-anak akulah yang akan menunggu aku di pintu 'SYURGA'.. AMIN....

2 comments:

Anak-anak tak sihat..Dah bawa jumpa doc? Sunyi kalau anak-anak sakit ni..Kalau sihat..Ceria, seronok tengok diorang main..Semoga anak2 intan lekas sembuh..

November 8, 2007 at 9:36 AM  

Nampaknya anak yg sulung dah ok. Yang kedua ni, masih batuk2 lagi.Demamnya dah baik. Selera makan dia belum baik lagi. Terima kasih kerana mendoakan utk mereka.

November 8, 2007 at 3:32 PM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran