Siapakah Yang Berisiko Tinggi?
Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan berisiko lebih tinggi untuk mengidap penyakit ini adalah:-
- Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap kencing manis (ibu bapa, adik-beradik)
- mereka yang berat badannya agak tinggi
- Mereka yang pernah mempunyai radang pada pankreas
- Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil
Apakah Rawatan Untuk Penyakit Kencing Manis?
Sebelum tahun 1921, tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Pada masa ini terdapat pelbagai ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada penghidap-penghidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan. Makanan yang kita makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Ada kalanya, kes-kes yang tidak teruk dapat dikawal melalui penjagaan makanan sahaja.
Ada orang kata biasanya orang yang mengidap kencing manis ni juga berisiko untuk mendapat penyakit darah tinggi dan jantung. Penyakit Tiga Serangkai - itulah kata orang. jadi kena jaga2lah dalam pemakanan sbb banyak penyakit asalnya dari pemakanan.Betul ke?
TokNabe said...
November 24, 2007 at 1:33 PM
Pada pendapat saya, kebanyakan penyakit zaman skrg ni mmg bergantung pada pemakanan. Bukan saje kerana keturunan, tetapi juga pemakanan memainkan peranan penting dalam menjadi punca penyakit. Lebih2 lagi terlalu banyak makanan segera yang sering kita cari2, sedangkan kita sendiri tak pasti apa kandungan dalam makanan itu yg membuatkan orang tergila2kannya.
intansabreena said...
November 24, 2007 at 3:59 PM