zwani.com myspace graphic comments

Anak Terlalu Manja?

  • Adakah anda mematuhi setiap kemahuan anak?
  • Adakah anda memberi sepenuh tumpuan apabila anak sengaja cuba mendapatkan perhatian anda?
  • Anak sering merayu dan merengek untuk mendapatkan sesuatu?
  • Adakah dia mematuhi peraturan dan arahan? Atau akhirnya anda terpaksa melakukan kerja-kerja yang ditinggalkan?

Jika kesemua jawapan adalah 'Ya', ini bermakna anak kita terlalu dimanjakan. Masih belum terlambat untuk kita membentuk karektor anak selagi kita bersikap tegas.Kita mesti menolak permintaan anak dengan tegas dan tetap pendirian walaupun anak menangis dan memberontak.

Apabila anak cuba menarik perhatian kita, alihkan pandangannya kepada aktiviti atau tempat lain. Biarkan dia belajar menunggu untuk mendapatkan sesuatu. Apabila kita sering menolak permintaannya, dia akan belajar membina karektor diri.

Apabila anak enggan menyimpan semula barang permainannya,ajak dia mengemas bersama tetapi pastikan dia turut serta. Paling penting, jangan terlalu memanjakannya. Cuba kurangkan sifat manjanya secara berperingkat.

Galakkannya Berus Gigi

Lebih mudah menyuruh anak kita memberus gigi sekiranya ia dilakukan dengan kerelaan hatinya. Biarkan dia yang memilih berus gigi sendiri mengikut watak kartun atau warna yang digemari serta ubat gigi berperisa buah-buahan. Jika anak kita enggan, cubalah kita belikan berus gigi elektrik yang boleh mengeluarkan bunyi untuk menarik perhatiannya.

Seeloknya, penjagaan gigi haruslah dilakukan semasa mereka masih bayi lagi. Sekiranya dilakukan secara rutin, mereka sudah terbiasa melakukannya. Untuk menjadikan aktiviti memberus gigi lebih menarik, ia boleh dilakukan bersama kita dalam keadaan bergurau senda. Pasti mereka akan lebih terhibur dengan aktiviti memberus gigi. Insya Allah.


Khasiat Minyak Ikan Kod

Saintis mendapati pemberian minyak ikan kod kepada bayi dapat mengurangkan risiko mendapat diabetes pada kemudian hari. Kajian yang dijalankan di Norway, mendapati bayi yang diberikan sesudu minyak ikan kod secara tetap sepanjang usia setahun hanya mempunyai 25% peluang mendapat diabetes.

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Read The Quran