DHA Bantu Minda Anak

DHA atau 'docosahexaenoic acid' tergolong dalam kumpulan 'esssential fatty acid'. Sebahagian kecil DHA dikeluarkan oleh badan sendiri. Bagi bayi, DHA diperolehi daripada susu ibu. Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. Pada masa ini terdapat banyak susu-susu formula yang mengandungi DHA. Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil susu formula ini. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi. Bagi ibu yang mengandung, banyakkanlah mengambil ikan karamel, telur dan ikan salmon. Ketiga-tiga sumber ini mengandungi DHA yang tinggi.


Pentingnya Sayur Dalam Diet Seharian


Sayur-sayuran dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Ia adalah kaya dengan sumber vitamin C, Vitamin A, asid folik dan zat galian yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan dan minda yang sihat. Pusat Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) juga telah menjalankan kajian saintifik terhadap berbagai jenis sayur-sayuran dan ulam-ulaman tempatan. Ulam-ulaman jenisa daun mempunyai sumber vitamin paling banyak seperti vitamin A, B1, B2, C dan zat-zat galian seperti kalsium, fosforus dan zat besi. Manakala ulam-ulaman jenis bijian pula mengandungi protein, air dan berbagai zat lain.

Kebanyakan sayur-sayuran mengandungi serat yang dapat berfungsi mencairkan karsinogen di dalam usus dan melancarkan perjalanannya melalui sistem penghadaman, melembapkan pertumbuhan bakteria berbahaya dan menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat. Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran terutama anggur, lobak, brokoli, kubis dan tomato mengandungi flavonoid yang menghalang kawasan penerimaan yang menggalakkan barah. Sesiapa yang menolak sayur-sayuran adalah anda yang bakal mengundang risiko penyakit paling ditakuti manusia.

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Read The Quran