Kasih sayang sebenarnya adalah satu konsep yang kadangkala sukar untuk digambarkan secara fizikal. Dengan itu, kita berasa sukar untuk melakukan sebarang tindakan yang boleh dikaitkan dengannya.
Dengan kata lain, untuk lebih mudah memahami konsep kasih sayang itu, kita perlu menterjemahkannya kepada perlakuan yang menjadi lambang kepada kasih sayang seperti berpegangan tangan, bersalaman, memberi sentuhan, ciuman, pelukan, urutan, picitan, gosokan dan sebagainya.
Terdapat kajian yang mengatakan bahawa anak-anak yang dibelai dan dididik dengan kasih sayang akan menjadi lebih pintar, cerdik, tajam pemerhatian dan sentiasa berkeyakinan tinggi. Sebenarnya, apabila anak dibelai dengan kasih sayang badannya akan dirangsang untuk mengeluarkan enzim-enzim seperti endorphin, enkephalin dan norepinephrine. Ketiga-tiga enzim ini bukan sahaja mempu merangsang otak tetapi menjadikan seseorang anak itu lebih bertenaga, sihat, cergas, berwajah ceria dan tidak mudah diserang penyakit.
Sebenarnya, ibu bapa boleh membuat pilihan tentang kaedah yang sesuai dalam mendidik anak. Hakikatnya, kasih sayang sememangnya mempunyai kuasa hebat yang mampu merangsang dan menyerlahkan kehebatan dan keunggulan seseorang itu, khususnya anak kita.
0 comments:
Post a Comment