Tidur, tidur dan tidur! Samada kita sedar atau tidak, kita sering mengutamakan rutin ini kepada anak ketika mengasuh anak. Jika boleh kita mahu dia tidur ketika kita mahu menjalankan aktiviti peribadi ataupun kita sendiri sudah mengantuk. Tetapi ternyata si kecil bukanlah mesin yang boleh mengikut apa sahaja kehendak kita.
Bagaimanapun, hati mana yang boleh tahan kalau sehingga larut malam pun dia seakan-akan masih bertenaga dan ghairah untuk sentiasa bermain. Kita mula resah apabila se kecil enggan melelapkan mata. Tubuh kita kian diasak keletihan. Namun, hasrat untuk tidur terpaksa ditangguhkan kerana dia mahu kita terus melayaninya. Beberapa langkah dibawah mungkin dapat membantu kita ;
- Sediakan suasana malam yang sunyi - Kurangkan aktiviti anak kecil setengah jam sebelum masa tidur. Dengan ini anak kita akan menjadi kurang aktif.
- Sediakan jadual - Tuliskan beberapa perkara yang perlu anak kita lakukan sebelum tidur di atas kertas. Antaranya seperti membaca doa tidur. Tampalkan kertas tersebut pada pintu biliknya. Apabila tiba masa tidur, semak semula jadual tersebut. Pastikan anak kita telah melakukan semua perkara yang telah disenaraikan.
- Senaman ringkas - Ajarlah anak kita beberapa bentuk senaman mudah seperti yoga. Setiap pergerakan ini boleh mergangkan badannya. Melalui senaman ini, dia akan berasa lega dan tenang serta ototnya dapat direhatkan.
- Berkhayal - Suruhlah dia memejamkan mata. Kemudiannya, minta dia bayangkan dirinya berada di suatu tempat yang istimewa seperti di tepi pantai atau di tempat lain yang menjadi kegemarannya. Dengan cara ini, dia akan berasa tenang dan gembira.
- Mengurut dan membelai - Walaupun masih kecil, otot tubuhnya boleh menjadi tegang. Ini adalah kesan daripada pelbagai aktiviti yang dilakukan seharian. Oleh itu, urut dan belailah dia agar tubuhnya berasa lega. Kita boleh lakukan urutan dengan menggunakan minyak yang berbau wangi.
- Beritahulah bahawa dia tidak keseorangan - Sebelum dia tidur, jelaskan kepada anak, bahawa dia tidak keseorangan meski pun bersendirian di bilik tidur. Beritahulah dia bahawa Tuhan sentiasa menemaninya. Malah, Tuhan akan melindungi anak yang baik dan patuh kepada ibu bapa.
- Biarkan biliknya disinari cahaya - Sekiranya dia takut berada dalam kegelapan, sediakan lampu tidur di biliknya. Sinar malap lampu tersebut akan dapa t menghilangkan rasa takut dalam diri anak kita.
- Dodoi dan belailah dia - Rapatkan dia pada tubuh kita. Dakaplah dia agar dia berasa sangat hampir dengan kita. Dodoi dan belailah dengan penuh mesra. Ini bukan sahaja membuatkan dia rasa disayangi. Malah, ia turut merehatkan anak kita.
0 comments:
Post a Comment