zwani.com myspace graphic comments

Nampaknya hari ini adalah hari terakhir di tahun 2007. Sedih rasanya nak meninggalkan 2007. Rasanya memang banyak lagi impian pada tahun 2007 ni belum terlaksana. Apapun, yang pergi tetapkan pergi. Yang datang akan berganti. Pelbagai kisah suka dan duka sepanjang tahun 2007 ini. Aku rasa teman-teman di luar sana pun sama macam aku. Meninggalkan tahun 2007 dengan pelbagai kenangan. Kenangan suka mahupun yang duka.

Cuma beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru 2008. Harapan aku moga tahun ini akan membawa sinar pada keluarga aku. Moga tercapai segala impian dan harapan lama yang masih belum tercapai. Lebih-lebih lagi aku akan menyambut kelahiran anak ketiga pada bulan Februari nanti. Semoga kelahiran anak ini akan membawa tuah buat seluruh keluargaku. Amin...

Selamat Tahun Baru 2008 buat semua teman-teman blogger di luar sana. Semoga impian anda pada tahun 2007 telah terlaksana. Kalau belum terlaksana tu, kita bawa impian dan harapan serta usaha itu pada masa-masa mendatang. Semoga kita semua beroleh keceriaan dan kesejahteraan serta sentiasa di dalam lindungan dan keberkatan Allah. Amin...

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Read The Quran