Sebenarnya brownies ni Intan buat hari Sabtu lepas.. Tak sempat2 nak masukkan dlm blog. Baru hari ni sempat nak masukkan.. Brownies ni nak buatnya senang tapi sedap tauu. Anak Intan suka sangat. Berulang2 makan brownies ni. Tak payah topping pun dah sedap. Lagipun, angin malas dah dtg menyerang Intan masa tu. So, anak2 layan je la brownies tanpa topping.Hari Ahad esoknya pun Intan buat brownies sekali lagi untuk dibagikan kepada jiran Intan yang ada buat majlis makan2.. Tapi Intan sendiri tak tahu sempena apa. Bila ditanya dia kata takde sempena apa2. Tapi, apapun Intan tetap dah niat nak bagi brownies ni kat dia..
Tapi, brownies yang bagi kat dia tu pun tak sempat nak topping. Sebab masa brownies tu dalam proses bakar pagi Ahad tu, Intan menerima panggilan telefon dari emak Intan memberitahu bapa saudara Intan meninggal. Jadi, masa tu juga Intan siapkan anak2 dan diri sendiri untuk ke Muar melawat Allahyarham pakcik Intan. So, brownies tu mmg tak sempat nak di topping. Minta maaf ya Kak Sal sebab brownies tak sempat dihias. Tapi, apapun layan je la sebab rasanya ok kann.. Brownies yang dibagikan pada Kak Sal tak sempat nak snap sebab masa tu kelam-kabut..
Resepi brownies Intan ambik kat umah Alin.. Thanks Alin sebab berkongsi resepi.. Terima kasih juga kat empunya asal resepi ni..Memang sedap..
BROWNIES
Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]
Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla
Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.
Selamat Mencuba...
Salam Intan....
Akak nak singgah umah Intan nak makan brownie tu..
Akak said...
August 14, 2008 at 3:30 PM
salam akak..
kalau dtg skrg,brownies tu dah abis la kak..tapi, boleh buat lagi.. :)
intansabreena said...
August 14, 2008 at 4:52 PM
Aduhai... salam kak intan.
Maka dengan ini confirmlah Blog kak intan berat. Serius. Bukan saya nak komplen... Tapi ni seriius, tiap kali saya masuk blog kak intan, sure broadband saya disconnect.
So care saya nak berkomentor ialah dengan cara klik blog kak intan, lepas tuh cepat-cepat klik kat Komen posting. Then kene close blog kak intan... lepas tuh connect balik internet broadband...
Barulah saya boleh berkomentor kat blog ni.
Mungkin masalah yang timbul adalah disebabkan widget yang banyak dan gambar kecil-kecil tu.
Apa kate gambar kecik-kecik tuh akak combine sekali. Maka sources-nya adalah 1 link. Jadi connection untuk loading sources tak terlampau berat dan banyak.
Kesian laa pengguna broadband yang lemah macam saya ni.
Hari ni baru saya berkesempatan nak ceritakan apa masalahnye yang saya dah lame tak berkomentor kat blog Kak Intan. Harap kak intan tak marah dengan teguran saya.
Semoga blog kak intan akan lebih disukai ramai.
Cayalah Kak Intan~
Kreuger®
Unknown said...
August 15, 2008 at 11:33 AM
Salam Azman..
Terima kasih atas komen ikhlas ni.. akak akan cuba atasi sedikit demi sedikit memandangkan masa utk mengadap tenet agak terhad..
Cayalah Azman kerana berterus-terang..
intansabreena said...
August 15, 2008 at 3:54 PM
macam2 kek ada, sedapnya.... ini kek utk makan sendiri atau jualan? nak beli, nak beli, nak beli...
Anonymous said...
August 16, 2008 at 1:56 PM
Bila le agak2nya saya dapat rasa hasil tgn intan yer..? ermmm mabelosss!
azlanlin said...
August 18, 2008 at 10:21 AM
re blogmenjerit:
hehehe, Insya Allah..mcm2 ada..kan akak dah bgtau, akak nak belajar buat kek.. nak beli? boleh..
re azlanlin:
Insya Allah, bila2 masa boleh merasa..bagitau je..
intansabreena said...
August 18, 2008 at 11:23 AM