Telah Pulang Ke Rahmatullah

Pagi semalam (Ahad), Intan menerima panggilan telefon daripada emak Intan lebih kurang dalam pukul 10 pagi memberitahu ada berita buruk buat seluruh keluarga Intan iaitu telah kembalinya ke Rahmatullah seorang bapa saudara yang sangat2 kami hormati dan sanjungi iaitu Pak Itam Intan.. Saim bin Maslan. Dia merupakan abang kepada ayah Intan.

Pemergiannya begitu memeranjatkan kami kerana dia tidak menunjukkan sebarang perubahan dan tidak ada berita tentang sakit. Kali terakhir Intan bertemu dia adalah sewaktu majlis kahwin adik Intan hujung bulan Jun lepas. Minggu lepas sewaktu menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu Intan di Gombak, Intan tak sempat berjumpa dia. Emak dan ayah Intan je yang sempat jumpa dia..

Cuma perubahan menurut cerita Mak Itam, sejak kebelakangan ini Allahyarham Pak Itam suka berjalan. Banyak tempat dia bawak Mak Itam jalan. Dan tempat terakhir mereka berjalan bersama ialah di Melaka iaitu sehari sebelum Allahyarham meninggal.

Jadi, semalam selepas menerima panggilan telefon tu, kami sekeluarga bergegas ke rumah Allahyarham Pak Itam iaitu di Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir, Muar..

Intan mengucapkan takziah sekali lagi buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Pak Itam Saim. Takziah buat Mak Itam dan anak2..

Marilah kita sama2 sedekahkan Surah Al-Fatihah buat Pak Itam Intan iaitu Saim bin Maslan. Semoga dia ditempatkan di dalam golongan orang2 yang Beriman..

Al-Fatihah

6 comments:

:: salam... takziah buat semua... dan alfatihah kepada semua yang telah "mendahului" kita... alfatihah...

August 11, 2008 at 8:51 AM  

Salam Intan...

Takziah buat seluruh keluarga Intan.

Al-fatihah buat arwah semuga rohnya dicucuri rahmat...

August 11, 2008 at 5:02 PM  

re pakngah:

Salam pakngah..

Terima kasih di atas ucapan takziah serta sedekah Al-Fatihah tu..


re Akak:

Salam akak..

Terima kasih akak..

August 11, 2008 at 9:10 PM  

Al-Fatihah.

Semua orang akan tiba masanya. Pemergian mereka yang terdahulu menghambat rasa gentar dalam diri...Juga ingatan untuk kita semua yang masih dalam perjalanan ke arah penamat...

Bersediakah kita mengikuti mereka?

August 11, 2008 at 9:53 PM  

re Azlanlin:

Terima kasih..

Semua org akan sampai masanya. Bagi saya, mmg belum bersedia kerana terlalu cetek ilmu dan amalan. Walau apa pun, semoga amalan2 kita selama ini akan diterima Allah..

August 12, 2008 at 6:26 AM  

This is our time, our generation ...

Yang tua makin meninggalkan kita, seorang demi seorang.

Generasi pakcik, makcik, semakin jauh meninggalkan kita.

Dan kita pula lah menggantikan generasi mereka.

tak lama lagi kita pun akan ikut sama.

Al-Fatihah kepada Arwah Ayah Sedara Intan.

August 15, 2008 at 9:43 PM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran