Tidak Merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).

KEKAL SIHAT! GUNAKAN KAEDAH YANG BETUL UNTUK BERHENTI MEROKOK

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri "Aku bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
  • Amalkan petua 10 M untuk berhenti merokok
AMALKAN PETUA 10 M UNTUK BERHENTI MEROKOK

  1. Melengah-lengah
  2. Minum banyak air
  3. Menarik nafas panjang
  4. Membuat sesuatu
  5. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
  6. Mengunyah sesuatu
  7. Membasuh tangan
  8. Mandi dengan kerap
  9. Melakukan senaman regangan
  10. Memohon doa

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Read The Quran