zwani.com myspace graphic comments

Petang Sabtu yang lepas (29 Mac 2008), salah seorang blogger yang dikenali ramai telah membuat kunjungan ke rumah Intan. Siapa lagi kalau bukan Kasawari. Kasawari datang bersama isteri kesayangannya Linda dan dua orang anaknya Ammar dan Aiman. Dia tiba di rumah Intan tepat jam 5.30ptg. Kedatangannya memang dah intan dan suami nantikan sejak 2 minggu lepas tapi ada aje hal yang menyebabkan kedatangannya terpaksa ditunda. Rasanya dia senang nak cari rumah intan ni setelah intan bagi tunjuk ajar jalan yang mudah nak ke rumah intan. Alhamdulillah, memang mudah pun bagi kasawari memandangkan dia pernah melalui highway 2nd link. Rumah intan ni memang berdekatan dengan highway 2nd link.

Kasawari dan Linda memang ramah. Kasawari asyik berbual dengan suami intan dan intan pula asyik berbual dengan Linda. Ada aje topik yang nak dibualkan. Lebih-lebih lagi topik anak-anak yan
g sedang membesar ni. Linda tinggi lampai orangnya dan manis mukanya. Sentiasa murah dengan senyuman. Patutlah Kasawari terlalu sayangkannya.



Kasawari nak datang ke rumah intan bagitau secara mengejut. Itupun dia bgtau melalui cbox. Apa lagi, tak sempatlah intan nak memasak lagipun suami intan baru pulang dari kerja masa tu. Nak suruh dia ke kedai kesian pulak sbb dia tgh tidur. Nak masak, takde apa dalam peti ais ni. Jadi intan cuma hidangkan dengan makanan ekspress..hehehehe.. Harap-harap lepas ni kalau kasawari atau blogger lain yang nak datang bgtau awal2 ya...




Anak-anak kami seronok bermain. 2 anak teruna dari Kulai bertemu dengan 2 anak teruna dari JB. Mereka main bola sepak dan juga tak ketinggalan bermain PSP milik kasawari. Tapi rasanya mereka belum puas bermain, kasawari sudah mengajak pulang kerana jam hampir pukul 7.00mlm. Takpelah, lain kali giliran kami pula membuat kunjungan balas ke Kulai ya. Nanti nak rasa mee goreng kasawari pula. Intan memang dah sound suami intan agar membawa intan berjalan2 bila dah habis alam berpantang ni. Manalah tahu kalau Kulai yang menjadi pilihan kami.. Terima kasih kasawari kerana sudi berkunjung ke teratak buruk lagi sempit intan ni. Semoga silaturrahim antara kita akan terus berkekalan...


9 comments:

salam..seronoknya dapat berjumpa 4 mata..semuga ukhwah berkekalan

March 31, 2008 at 1:45 PM  

re arsaili:
salam..mmg seronok tapi tu lah mcm tak puas berbual sbb sekejab sgt mereka di rmh saya..Amin..

March 31, 2008 at 3:14 PM  

Salam Intan,

wah ni pujian tinggi jer ni.. he he.. leh datang lagi ni.. kah kah kah..

apa pun terima kasih lah Intan.. seronok borak2 dgn abg Intan tu.. peramah kena pulak dgn saya kaki borak he he..

minta maaf lah kalau kdgtan kami menyusahkan intan.. (cover jer ni he he).. harap lepas ni ada masa dtg2 lah ke rumah kami ya.. he he.. kalau nak dtg.. hari Sabtu sebab anak2 ada kat rumah saya.

Salam untuk Abang..

March 31, 2008 at 4:25 PM  

re kasawari:

Salam kasawari. Bila masa saya puji kasawari? hehehe..puji linda, adalah. Saya pun seronok berborak dgn linda..

Tu lah,cepat sgt kasawari dah ajak diorg balik..belum puas berborak dgn linda..Tunggu ya kunjungan balas dari kami..

March 31, 2008 at 8:40 PM  

kelat pong nompang sonok yek... nengok kome sumer... nengok pong.. nengok dr jauh je ler... huhuhu...

April 1, 2008 at 9:41 AM  

re kelat:

nompang sonok? Apalah yg boleh ditompang sonok tu? nompang keta boleh le..nnti ada rezeki kelat turun JB lah yekk..

April 1, 2008 at 2:19 PM  

"Petang Sabtu yang lepas (29 Mac 2008), salah seorang blogger yang dikenali ramai telah membuat kunjungan ke rumah Intan. Siapa lagi kalau bukan Kasawari"

tinggi melambung terangkat Kasawari.. he he.. kira puji gak ni..

kalau nak balas kunjungan tu kena bagi tau awal2 tau.. kita org nak daging rusa.. wa ka ka

April 2, 2008 at 10:10 AM  

re kasawari:

biasalah..kasawari kan dikenali ramai.betul apa? uncleJ sendiri bgtau yg kasawari blogger tersohor Johor..

daging rusa? wah...daging rusa nak masak apa?

April 2, 2008 at 10:38 AM  

he he biar betul biar betul betul he he..

kami nak panggang daging rusa tu.. nanti Intan bawak eh daging tu..

hujung minggu ni agak sibuk
1) sabtu ada exam khas tu
2) ahad mungkin ke mersing jemputan kawin..

April 2, 2008 at 11:28 AM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran