zwani.com myspace graphic comments


Terima kasih Kelat sebab bagi kad ucapan yang special buat Intan. Kad ini akan kekal tersemat di dalam blog Intan ni. Tengkiu banyak-banyak Kelat.


Yang ni pulak, hadiah dari Kelat untuk baby Intan - Muhammad Shahir Husni. Tengkiu sekali lagi
Kelat.

Syukur Alhamdulillah, hari dan masa yang saya tunggu-tunggu akhirnya tiba. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa saya sudah selamat melahirkan anak lelaki pada 7.11pm, 20hb Februari 2008 bersamaan 13 Safar 1429. Semuanya berjalan dengan lancar berkat doa daripada teman-teman di luar sana. Saya dan baby tiada sebarang masalah dan kami berdua dibenarkan pulang ke rumah pada 21hb Februari 2008.

Sekarang, saya berada di rumah saya sendiri untuk menghabiskan tempoh berpantang. Insya Allah, bila saya sudah kembali sihat, saya akan aktif di dunia blogging semula.. Semoga berjumpa lagi..

Seperti yang diketahui beberapa teman blogger, saya ni tengah berdebar-debar menunggu hari untuk melahirkan anak ketiga. Insya-Allah dalam 3 - 4 hari ni, tibalah hari yang ditunggu. Selepas saya selamat melahirkan nanti, saya akan berehat sementara dari dunia blogging ini. Saya benar-benar mengharap doa daripada teman-teman blogger di luar sana. Doakan agar semuanya mudah dan selamat bagi saya dan bayi saya. Walaupun dah pengalaman ketiga, tapi hati dan perasaan ini tetap bimbang dan risau. Macam-macam berkecamuk dalam fikiran ni. Apapun, usaha dan tawakal sentiasa bersama saya..

Semoga kita akan berjumpa lagi selepas saya benar-benar sihat dan bertenaga seperti sedia kala.

Kepada Kelat, teruskan berblogging. Kepada Kak Jun, teruskan dengan kerajinan memasak tu. Kepada Kasawari, jgn lupa datang ke rumah nanti ya. Kepada tokngah, teruskan usaha membantu orang yang memerlukan bantuan. Kepada Dean, jaga kesihatan diri baik-baik. Dan juga kepada teman-teman lain yang tak disebut di sini..janganlah berkecil hati. Teruskan dengan berblogging, agar tali silaturrahim antara kita akan terus berkekalan.

Tagged...dari Cendawan


Anger is only one letter short of danger
If someone betrays you once, it is his fault;
If he betrays you twice, it is your fault.
Great minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people.
He, who loses money, loses much;
He, who loses a friend, loses much more;
He, who loses faith, loses all.
Beautiful young people are accidents of nature,
But beautiful old people are works of art.
Learn from the mistakes of others
You can’t live long enough to make them all yourself.
Friends, you and me…
You brought another friend…
And then there were 3…
We started our group…
Our circle of friends…
And like that circle…
There is no beginning or end…
Yesterday is history.
Tomorrow is mystery.
Today is a gift.
So now, let’s see how many circle’s of friends we can make by simply adding your link on this Friendship Meme!



1-Catsy Carpe Diem, 2- Catsy Downloads, 3-Out of the Blue, 4- A Day to Savor and Relish 5- A Piece of Idea 6- Write Shy 7- Stupid Wise 8- onlinememorylane 9- See Me For What You Will 10- Michelle’s Small World 15- 11. Chez Francine 12. Cronaca13. Le bric à brac de Cherie 14- Life 15- Hanna 16-AngrianiWorld 17- umi-e 18- cendawan 19- Intan


Nak kena panjangkan tag ni ke? Oklah...satu2nya blogger yang akan memanjangkan tag ini adalah...jeng-jeng-jeng..


KELAT dgn warna-warna hidupnya..


Jangan marah ya Kelat..Tak pun susah mane nak memanjangkannya kan.. Ni semua berpunca dari cendawan...

FRIENDLY SITE AWARD...

Anugerah yang sama seperti yang Kelat bagi kat Intan.. Intan perolehi juga daripada Kak Jun. Terharu hati Intan ni dapat award yang sama daripada orang yang berbeza. Terima kasih banyak-banyak Kak Jun.. Doakan untuk Intan agar semuanya mudah dan selamat ya Kak Jun. Terima kasih banyak-banyak sekali lagi...


NGETOP PUNYA LINK

Alahai...tengah sibuk menghitung hari pun kena tag. Kelat ni dah bagi award, pastu kenakan Intan pulak. Apa nak buat, dah nasib badan.. Kalau nak ditangguhkan takut tak terbuat pulak nanti. Baik Intan jawab sekarang. Dah ler tag yang sebelum ni pun belum berjawab. Tu pun tag dari Kelat gak. Pc buat hal ler Kelat..still tak boleh nak jawab tag sebelum ni..



Ok, sebelum jawab.. ada rules ler pulok


Rules untuk listkan favorite link :

1. MUST be clean. No X-rated sites.
2. Only FIVE links.
3. MUST tell 5 people.
4. A link back to the person who tagged you ;)

5. An active link plz.

here is my top 5 links... (Jom kite lihat apa link-link yang menjadi favourite Intan tu):


Link yang sentiasa ingin dilawati sebab kat sinilah tempat bayar segala bil dan sentiasa nak check mana tau ada duit-duit sesat yang masuk..

Memang kena selalu bukak. Takut-takut ada email-email yang penting atau anything yang penting..



Memang tiap-tiap hari kena tengok sebab nak tau..berapalah yang masyuk...


*YummyLicious*

Blog Kak Jun yang memang selalu kena tengok sebab sentiasa membuka selera. Walaupun tak dpt rasa, tapi sekurang-kurangnya dapat jamu mata dan Kak Jun ni tak lokek resepi. Setiap gambar pasti ada resepinya..


.: kelat blog :.

Akhirnya...jeng-jeng-jeng, blog kelat. Nak tau sebab apa? Sebab blog kelat ni sentiasa di update dan bila baca kisah-kisah seharian kelat, kadang-kadang menghiburkan hati Intan ni. Sebab tu lah..

Tapi, di blog kelat ni jugalah dah 2 kali Intan ni kena tag...


Who next?...Tak sampai hati ler pulok...Takpelah Kelat, nampaknya intan tak panjangkan tag ni. Takut ada yang tak senang nak jawab. Lagipun lepas ni Intan akan jarang on pc. Biarlah orang lain yang memanjangkan tag Kelat ni ya. Jangan marah ya Kelat.. Yang penting, intan dah jawab kan..

FRIENDLY SITE AWARD...

Wah...tak disangka-sangka, hari ni bila ada masa free sikit..buka pc, pastu buka blog member2 yang memang selalu dilawat..ek eh, ada dapat award rupanya.. Terima kasih bebanyak kelat sebab bagi award kat blog intan ni.. Blog yang tidak seberapa ...

Blog intan ni bukannya bagus sangat. Cuma blog yang berkongsi sikit maklumat dan panduan dalam kehidupan kita sehari-hari.. Itupun maklumat-maklumat yang intan kutip kat sana sikit, sini sikit. Pastu intan taip semula buat tatapan dan panduan kita bersama..

Terima kasih banyak-banyak sekali lagi kelat. Award yang kelat anugerahkan ini akan memberi semangat bagi intan untuk meneruskan perjuangan di dunia blogger ini. Hehehe.. tapi, camne eh! Tengah bersemangat tapi masa tak sesuai ler pulak sebab intan ni tengah menunggu hari menyambut kelahiran anak ketiga. Apapun, Insya Allah...setelah semuanya selamat dan selesai 40 hari melepasi tempoh pantang, Intan akan aktif berblog semula..

Harapan Intan.. agar teman-teman blogger di luar sana mendoakan agar semuanya berjalan dengan mudah dan selamat... Doa dari kalian Intan dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Oh ya.. award ini Intan nak panjangkan lagi kepada teman-teman yang setia melawat blog ini...anda, anda dan anda.. Terima kasih banyak-banyak. Semoga persahabatan di alam maya ini akan berkekalan ...

Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran