Seperti yang diketahui beberapa teman blogger, saya ni tengah berdebar-debar menunggu hari untuk melahirkan anak ketiga. Insya-Allah dalam 3 - 4 hari ni, tibalah hari yang ditunggu. Selepas saya selamat melahirkan nanti, saya akan berehat sementara dari dunia blogging ini. Saya benar-benar mengharap doa daripada teman-teman blogger di luar sana. Doakan agar semuanya mudah dan selamat bagi saya dan bayi saya. Walaupun dah pengalaman ketiga, tapi hati dan perasaan ini tetap bimbang dan risau. Macam-macam berkecamuk dalam fikiran ni. Apapun, usaha dan tawakal sentiasa bersama saya..
Semoga kita akan berjumpa lagi selepas saya benar-benar sihat dan bertenaga seperti sedia kala.
Kepada Kelat, teruskan berblogging. Kepada Kak Jun, teruskan dengan kerajinan memasak tu. Kepada Kasawari, jgn lupa datang ke rumah nanti ya. Kepada tokngah, teruskan usaha membantu orang yang memerlukan bantuan. Kepada Dean, jaga kesihatan diri baik-baik. Dan juga kepada teman-teman lain yang tak disebut di sini..janganlah berkecil hati. Teruskan dengan berblogging, agar tali silaturrahim antara kita akan terus berkekalan.
Salam Pn Intan,
semoga Intan selamat melahirkan anak yang ke-3.. agar dipermudahkan segalanya.. Saya dan Linda sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Intan..
Insya Allah, kami akan datang ke rumah nanti ya...
Salam untuk Eddie juga dan anak2..
Kasawari said...
February 19, 2008 at 12:10 AM
:: salam... dijangka 2 hari lagi ye... insyaAllah dipermudahkanNYA dan selamat semuanya nanti...
Pak Ngah: said...
February 19, 2008 at 7:30 AM
Re Kasawari :
Salam Kasawari. Terima kasih kepada Kasawari dan Linda.
Insya Allah, bila semuanya selamat, kami akan inform Kasawari.
Salam buat Linda..
intansabreena said...
February 19, 2008 at 9:56 AM
Re Pak Ngah :
Salam pak ngah. Ya, jangkanya lagi 2 hari. Terima Kasih pak ngah. Amin..
intansabreena said...
February 19, 2008 at 9:58 AM