Lawak ini saya dapat daripada seorang teman..
Untuk beberapa tahun, Suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Suffian yang dirinya mengandung ...
Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...
Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...
Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...
Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Suffian dengan muka yang keliru ...
"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.
"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Suffian.
Norzalina pun memberi poskad itu kepada Suffian dan melihat Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!
Poskad itu berbunyi ..."Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"