zwani.com myspace graphic comments

Muhammad Shahir Husni

Photo Effects. In the Gallery

SAHABAT


Sahabat bukan macam skateboard,

Belum main, gilap...
Dah main, pijak...

Sahabat bukan macam football,
Belum dapat, kejar..
Dah dapat, tendang..

Sahabat bukan macam bulu tangkis,
Belum main, pegang..
Dah main, pukul..

Sahabat ibarat bola ragbi,
Belum dapat, rebut..
Dah dapat, lindungi..

Sahabat macam jari,
Lukanya sembuh sendiri..
Tapi hilangnya tiada ganti..



Kata2 hikmat di atas adalah sumbangan daripada seorang teman melalui sms..Sms tu Intan terima jam 4pagi.. Tak tahulah, apa niat disebalik sms itu..

Jadi, kepada teman2 blogger di luar sana..kalau ada terasa hati dengan Intan, Intan mohon beribu kemaafan.. Sesungguhnya sahabat adalah teman yang paling istimewa dalam kehidupan kita.. Walaupun kadang2 Intan leka dan abaikan sahabat kerana kesibukan seharian... Tapi percayalah.. sahabat (anda semua) sentiasa dalam hati Intan...




2nd Order

Alhamdulillah, Intan terima lagi tempahan cup cake. Tempahan kali ini ialah daripada seorang blogger Johor, Shida.

Shida minta cup cake coklat yang dihiasi dengan warna-warna ceria sempena birthday hubbynya yang sama tarikh dengan birthday Shahir. Tema tak kisah asalkan ada sedikit love. Ermm, susah juga Intan nak agak apa warna ceria yang Shida maksudkan.. Jadi, fikir punya fikir.. Intan buatlah beberapa deco dan beberapa warna. Harap Shida berpuas-hati dengan cup cake ini.


Terima kasih Shida kerana percayakan akak untuk menghasilkan cup cake surprise buat suami Shida.. Semoga rasa serta deco cup cake akak memuaskan hati Shida..


Oh ya, terima kasih atas birthday present buat Shahir.. Tak sangka, Shahir pun dapat something surprise daripada Shida.. Terima kasih banyak2 Shida..

Happy Birthday Shahir..

Semalam (20hb. Februari), genap umur Shahir 1 tahun.. Sekejap betul berlalu.. Rasanya baru saje melihat dia lahir ke dunia.. Tapi pejam celik-pejam celik, umurnya sudah mencapai 1 tahun..

Kami membuat majlis kecil-kecilan untuk meraikan ulangtahunnya yang pertama. Cuma ibubapa, adik2 dan jiran terdekat yang kami jemput. Alhamdulillah, walaupun buat secara kecil-kecil, tapi suasana cukup meriah dengan kehadiran anak2 jiran serta anak teman2..

Tapi Intan rasa terkilan juga sebab tak snap gambar birthday boy. Lepas potong kek, birthday boy tertidur.. Intan pun sibuk melayan tetamu..Jadi, lupalah nak ambil gambar..



Jadi,layan ajelah gambar2 yang ada ni ya.. Gambar kek, sure ada..hehe.. Ni kek yang Intan buat secara ekspress sebab pada hari yang sama juga Intan kena siapkan cup cake yang di order oleh Shida sempena birthday suaminya.. Kek untuk Shahir ni, Intan malas nak fikir panjang2..guna aje apa yang ada kat umah... Tak yah nak lukis2 kat atas kek tu.. Shahir pun bukannya faham..


Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. Semoga Shahir akan menjadi anak yang Soleh.. Ibu sentiasa mendoakan kesihatan, keselamatan, kebahagiaan serta kejayaan Shahir di dunia dan Akhirat.. Amiin..


Kad Dari Cikgu Rashid


Alhamdulillah, terharu rasa hati Intan...walaupun setelah sekian lama Intan menyepikan diri, tapi masih ada teman di luar sana yang masih mengingati dan memberikan kad ucapan untuk Intan dengan harapan agar mood Intan berblogging akan kembali semula..Kembali ceria seperti dahulu.. Insya Allah...

Terima kasih banyak2 Cikgu Rashid atas ingatanmu itu..

Intan bukan sahaja ambil kad untuk dibawa balik ke blog Intan, tetapi juga kata2 yang ada bersama2 kad itu.. Sebab Intan rasa terusik dan tersentuh dengan kata2 itu.. Terima kasih banyak2 Cikgu Rashid..

Kita selalu dan terlalu memikirkan perkara-perkara yang besar. Kita selalu dan terlalu menghargai sesuatu yang jauh.


Kadang-kala kita lupa siapa yang selalu berada dekat dengan kita. Kita lupa ada tangan-tangan yang selalu sudi mencoret kata untuk kita.


Kita lupa bicara kata yang menyenangkan yang kadang-kala membuatkan kita tersenyum sendirian.


Kita lupa akan ketenangan yang dihulurkan di kala kita diusik keresahan. Kita lupa menghargai kisah dan perkongsian ilmu dari teman-teman. Kita juga lupa ruang dan masa dari teman-teman yang sudi berkongsi rasa.


Walau semuanya hanya sekadar di alam maya... namun besar ertinya sebuah perkongsian.


Untuk itu, kepada sahabat dan teman-teman blogger semua. Terimalah kad penghargaan dari saya untuk kalian yang sentiasa bersama. Juga kepada teman-teman yang pernah dan masih sudi bersama. Juga kepada teman-teman yang baru bersua muka dan berbalas kata.


Moga suatu hari nanti persahabatan kita di alam maya ini akan membawa ke alam realiti.


Terima kasih atas kehadiran teman-teman blogger semua. Moga persahabatan kita akan kekal mekar selamanya…

Alhamdulillah..walaupun Intan menyepi dalam dunia blog ni. Maksud Intan, tidak aktif seperti dulu.. Masih ada teman2 yang sudi memberikan award kepada blog Intan ni..

Dulu Intan banyak masa untuk bersantai2 dgn internet.. Boleh layan tenet lama2.. Tapi sekarang, tugas harian Intan semakin bertambah. Jadi, aktiviti untuk melayari internet agak terbatas. Kalau ada pun cuma utk masukkan sikit cerita terkini.. Cerita pun tak boleh nak panjang2.. Bila nak taip lebih sikit, adalah yang memekik panggil Intan.. Ermm..

Time nak jalan2 ke blog kawan2 pun dah kurang.. Kadang2 tu tak sempat langsung. Kalau ada pun tak dpt nak tinggalkan jejak.. Hanya teman2 tertentu yang bisa memahami.. (hehe, terkuar pulak perkataan bisa )

Terima kasih kepada Kak Siti dan Kak Long yang ingat kat Intan ni.. Dianugerahkan blog paling best walaupun sebenarnya tak best pun blog Intan ni. Tapi Intan terharu di atas sokongan akak2. Intan gabungkan sekali anugerah tu ya. Sebab anugerah tu sama.. Insya Allah, Intan akan cuba luangkan masa untuk kembali aktif dalam dunia blogging ni..


Gempak je tajuk di atas kann..

Sebenarnya sd card yang rosak tempohari, isi kandungannya dah dikosongkan oleh hubby Intan. Intan baru dapat tahu yang gambar-gambar dalam sd card tu dia dah transferkan ke dalam laptopnya. Maknanya, gambar2 dalam tu sempat diselamatkan. Alhamdulillah...

Jom kita layan gambar2 masa majlis pertunangan adik ipar Intan minggu lepas..













Hadiah untuk setiap ahli keluarga pihak lelaki




























Hantaran untuk pihak lelaki














Pelamin yang dibina sendiri oleh adik ipar & biras Intan..

(pstt...lepas ni ina bolehlah bisnes pelamin)





































Pasangan yang diraikan
















Kek & cup cakes (hantaran dari pihak lelaki)


Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran