zwani.com myspace graphic comments

~ Iktiraf ~ Raihan

Pertengkaran adalah lumrah dan asam garam dalam suatau kehidupan berumahtangga. Tidak kiralah suami atau isteri yang memulakannya dulu. Jika tidak dikawal pertengkaran ini boleh membawa kepada suatu hubungan yang tidak sihat. Apabila berlaku pertengkaran, salah seorg atau kedua2nya pasti merasai tekanan atau keterlaluan. Perasaan marah dan benci sukar untuk dihindari dalam masa terdekat dan ada kalanya mengambil masa berminggu2. Walau bagaimanapun ahli psikologi berpendapat kemarahan lelaki biasanya mudah terpadam berbanding golongan wanita.

Manakala golongan wanita pula sukar untuk marah tetapi kemarahan yang mereka rasai akan berpanjangan. Kemarahan bukan sahaja disebabkan pertengkaran, malah ada kalanya hal luar rumah atau remeh juga mampu meledakkan situasi ini. Dan dalam hal ini, jika berlaku..salah seorg daripada anda harus mengambil inisiatif dan bersikap rasional. Bertenang dan melupakan pertengkaran yg berlaku untuk seketika boleh menyenangkan fikiran. Malah aktiviti seperti mandi, berjalan atau mengayuh basikal perlahan2 juga mampu membantu meredakan keadaan. Walau bagaimanapun, sebagai pasangan, anda disarankan untuk melakukan 7 perkara berikut bagi membantu meredakan kemarahan si dia.

1. BUAT APA YANG DIA SUKA
Selepas bertahun2 hidup bersama, anda pasti tahu apa yg disukai oleh pasangan anda. Misalnya ada suami/isteri yang suka rumah kelihatan kemas setiap masa. Cuba perhatikan persekitaran anda, adakah faktor rumah menambah lagi kekusutan fikiran. Jika keadaan rumah tidak seperti yang selalu disukainya, kemungkinan ini akan menambah lagi serabut fikiran.


2. BIARKAN DIA SENDIRIAN
Ada juga pasangan yang suka dibiarkan sendirian apabila sedang marah. Dalam keadaan ini anda harus memberi kerjasama sepenuhnya. Pastikan anak2 tidak membuat bising di sisinya. Jika dia berada di dalam bilik, jangan sesekali cuba mengetuk dan memanggil namanya. Biasanya kemarahan akan cepat reda tanpa gangguan.

3. PESANAN BERTULIS
Apabila si dia sedang marah, apa sahaja perbincangan yang dibuat tiada gunanya. Dia tidak akan dapat membuat keputusan dengan sebaik mungkin dalam keadaan begitu. Apabila anda hendak memberitahu sesuatu, atau ada pesanan penting yang mesti disampaikan kepadanya, sebaiknya tuliskan sahaja dan jangan bercakap dengannya kecuali dia bertanya.

4. BANTUAN ORANG TERSAYANG
Selain anda, pasti ada org lain paling disayanginya dalam keluarga anda. Mungkin ibunya, adiknya atau anak anda sendiri. Anda mungkin tidak berjaya memujuk atau meredakan perasaan marahnya, tetapi org lain itu mungkin boleh membantu, sekurang2nya bertanya sesuatu kepadanya.

5. MENYEDIAKAN KEPERLUAN
Ketika dia sedang marah, hari sudah pun menjelang petang. Mungkin waktu ini biasanya dia hendak pergi beriadah, mandi di kolam ataupun bersiar-siar di taman. Sediakan segala keperluannya seperti biasa. Dengan suara yg paling lembut, cuba tanyakan apakah keperluan lain yang dia ingini. Jangan sesekali bertanya punca kemarahannya.

6. SELEPAS SATU JAM
Pada waktu ini biasanya tahap kemarahan sudah pun reda. Anda boleh mendekatinya untuk melihat reaksinya. Jangan terus bertanya sesuatu. Jika kemarahan sudah reda, dia akan mendekati anda dahulu dan bersuara. Jadi anda perlu bersabar dalam menghadapi situasi ini.

7. SELEPAS DUA JAM
Pada masa ini, kemarahan mungkin akan berkurangan sama sekali. Malah dia mungkin sudah melupakan kemarahan tersebut. Perhatikan wajahnya. Jika suasana kembali tenang, inilah peluang anda untuk menunjukkan kemesraan. Buat sementara waktu, anda mungkin tidak perlu bertanya apa2 pun perkara yg berkaitan dengan kemarahannya. Sebaliknya mungkin dia akan bercerita atau memberi penjelasan mengenai apa yg telah berlaku.


Gift From Nur



Gift yang Intan dapat dari Nur. Thanks atas ingatan Nur. Semoga Nur selalu sihat dan ceria disamping suami tersayang...

Sejuk Mata Memandang..




Hey U... Yes U...

Hmmmmmmmmm no time to even mail or msg me aah??????????


chooooo cho chweet of u......

Hmmmmmm how long I have to wait??????????


What????????? No need to wait ah????????? wow...


Hmmmmm..im waitingggggggggggg

Hey I m watching u, so do send a hi soon...


Hmmmmmm tired of typing...

Kek Coklat Moist

Lama betul Intan tak update blog. Angin malas dah datang menyerang.. Kalau angin ni dah datang, memang susah nak cakap lagi.. Apa cerita yang boleh dikongsi pun akhirnya berkubur begitu saje.

Maaf ya teman2 sebab Intan juga dah lama ta
k jalan2 ke blog teman2. Teman2 blogger pun dah boring datang sini. Maklumlah, takde xtvt menarik pun berlaku kat blog ni.. Tak hapdet2 pun..

Malam ni, Intan nak masukkan gambar kek yang Intan b
uat utk jiran emak Intan. Kek ini adalah merupakan hadiah untuk anak jiran emak Intan tu. Majlis sambut menantu diadakan pada hari Sabtu lepas (21hb Mac 2009). Majlisnya sederhana aje tapi tetap meriah. Sebab mereka ni orang Singapore. So, majlis kat JB ni dibuat ringkas aje khas untuk jiran2 di sekitar rumahnya.. Sibuk dengan anak2, akhirnya lupa nak snap gambar pengantin..


Takpelah, layan ajelah gambar kek yang Intan buat dalam keadaan malas dan takde idea.. Tak taulah, apasal angin malas ni datang menyerang bukan setakat malas update blog, tapi juga malas nak deco kek.. Ermm, harap2 angin ni cepat la keluar dari badan Intan ni.. Amiin..


Makan Malam Di Rumah Lin

Petang Ahad lepas, Intan dpt sms dari Lin.. Lin ajak datang ke rumah dia malam tu sebab ada beberapa orang blogger nak berkumpul kat rumah dia.

Ermm, memandangkan Intan&family takde apa2 plan malam tu..so, kami pun pergi ke rumah Lin malam tu. Mula2 hubby Intan ajak naik kereta.. Tapi, buat apa membazirkan minyak kereta. Sebab cuma bbrp langkah je dah boleh sampai rumah Lin..



Masa kami sampai tu, Kasawari&Linda dah pun sampai. Shai pulak mmg dah di rumah Lin sejak semalamnya.. Sampai2 je, dah dijemput makan. Macam2 lauk ada. Rajin betul Lin. Dengar cerita, penyediaan lauk-pauk tu dibantu oleh Shai.. Ermm, memang sedap..

Nak bercerita panjang memang tak senang sebab anak2 Intan tak pandai duduk diam kat umah Lin tu. Macam2 diorang buat. Lompat la..jerit la..gaduh la.. Pendek kata, diorang buat macam rumah sendiri..

Ikutkan hati nak balik awal sikit sebab risau tengok anak2 Intan yg tak pandai duduk diam. Tapi terpaksa sabar sikit sebab nak jumpa Retna. Retna on the way nak ke rumah Lin..

Mesti Lin pening tengok gelagat anak2 Intan. Mintak maaf banyak2 ya Lin. Sebab tu lah, Intan ni jarang berjalan ke rumah orang. Lebih baik lepak kat umah sendiri je. Nak tonggang terbalik pun, rumah sendiri je.. hehehe..


Apapun, terima kasih banyak2 kat Lin&suami sebab menjemput kami makan malam kat sana.. Harap2 tak serik dengan kedatangan Intan sekeluarga ya..


Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran