zwani.com myspace graphic comments

Nampaknya hari ini adalah hari terakhir di tahun 2007. Sedih rasanya nak meninggalkan 2007. Rasanya memang banyak lagi impian pada tahun 2007 ni belum terlaksana. Apapun, yang pergi tetapkan pergi. Yang datang akan berganti. Pelbagai kisah suka dan duka sepanjang tahun 2007 ini. Aku rasa teman-teman di luar sana pun sama macam aku. Meninggalkan tahun 2007 dengan pelbagai kenangan. Kenangan suka mahupun yang duka.

Cuma beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru 2008. Harapan aku moga tahun ini akan membawa sinar pada keluarga aku. Moga tercapai segala impian dan harapan lama yang masih belum tercapai. Lebih-lebih lagi aku akan menyambut kelahiran anak ketiga pada bulan Februari nanti. Semoga kelahiran anak ini akan membawa tuah buat seluruh keluargaku. Amin...

Selamat Tahun Baru 2008 buat semua teman-teman blogger di luar sana. Semoga impian anda pada tahun 2007 telah terlaksana. Kalau belum terlaksana tu, kita bawa impian dan harapan serta usaha itu pada masa-masa mendatang. Semoga kita semua beroleh keceriaan dan kesejahteraan serta sentiasa di dalam lindungan dan keberkatan Allah. Amin...

Anda mesti pernah mendengar keuntungan dijana melalui membaca bukan????

Disini saya akan memperkenalkan bagaimana anda dibayar dengan hanya membaca email dan klik banner

Saya ingin berkongsi pengalaman dan cara mendapat duit tanpa sebarang modal walaupun 1 sen di internet.. sudah ramai orang yang telah mencuba perniagaan ini dan telah berjaya.

Anda boleh buat kerja ini sebagai kerja sambilan kerana kerjanya cuma klik iklan sahaja. Tidak kira anda pelajar pengangur, kakitangan kerajaan, swasta atau pekerja anda boleh menyertainya.

Commision anda boleh dibayar terus ke akaun anda tidak kira samada Maybank, BCM, Public Bank, BSN atau apa saja bank yang ada di Malaysia anda hanya perlu memilih akaun bank mana yang anda mahu.. Tidak perlu tunggu check.. DUIT TERUS KE AKAUN ANDA!!!!!!

Sebelum saya jelaskan adalah lebih baik anda daftar dulu baru senang faham sambil anda membaca penerangan ini,klik link ini jer :

http://www.cash88.com/pages/index.php?refid=intan81200

PEMBAYARAN TERUS KEDALAM BANK ACCOUNT ANDA!!!


Pendaftaran adalah percuma!!! tidak dikenakan sebarang bayaran. Ini betul-betul percuma!!!

Bagaimana???

1. Log on http://www.cash88.com/pages/index.php?refid=intan81200

2. Klik 'Join.' (Sebelah kanan website).

3. Taip alamat email anda. Nanti pihak admin akan buat pengesahan pendaftaran anda

4. Tutup (Close) laman itu.

5. Kemudian buka email anda.disitu akan ada perkataan ini. "cash88.com". sign up URL'. then, 'Click'.

6. Selepas itu akan keluar laman web cash88.com yang mula-mula anda dikehendaki menaip alamat e-mail anda.

7. Klik Sign Up

8. Isikan borang tersebut

Perhatian untuk bahagian referred sila tulis: intan81200

9. Untuk cara pembayaran (payment method) ... pilih bank mana yang anda kehendaki untuk menerima pembayaran anda. Seperti Maybank, Public Bank dan lain-lain.

10. Selepas isi.. klik 'Sign Up' Masukkan username dan password yang anda tulis di borang/.

11. Kemudian anda dikehendaki klik "Paid to Click Ads". Disitu anda akan lihat categories. Klik pada kategori tersebut..Stiap 1 link anda klik, account anda akan bertambah 20 point... utk klik banner ke 2 tunggu sampai ianya abis surf (lbh kurang dlm 20 saat sahaja).

12. Klik sampai abis. Klik balik di "Paid to Click Ads"untuk ke kategori yg lain pula.

13. Untuk menambahkan wang anda kedalam account anda hanyalah invite kawan-kawan anda dengan 1st step yang anda masuk tadi? hanya tulis di email. Ataupun anda copy / paste email yang ini ke email kawan-kawan anda ataupun di group anda join

PERHATIAN: Untuk mendapatkan pembayaran setiap ahli atau member dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya mempunyai 10 ahli atau member direct downline (1st level) yang aktif serta memastikan downline anda melengkapi account bank mereka untuk tujuan pembayaran ke account anda.

14. Untuk mengetahui jumlah wang terkumpul anda, sila klik di "My Earning".

APA TUNGGU LAGI? SERTAI SEKARANG!!!

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua teman-teman blogger dan pelawat yang melawat blog saya ini. Sepanjang 3 hari nanti, mungkin saya tidak dapat berblog dan akan berblog kembali selepas itu. Insya Allah.. Semoga Aidiladha ini akan lebih mengeratkan silaturrahim antara kaum keluarga kita yang dekat mahupun jauh. Kepada yang berkemampuan membuat Ibadah Korban, Alhamdulillah.. Semoga Ibadah anda diterima dan diberkati Allah. Amin..



Alhamdulillah, selesai sudah majlis pertunangan adik aku di Serian, Sarawak pada hari Khamis lepas (13hb. Disember 2007). Tarikh itu dipilih sempena ulangtahun adik aku. Aku tidak dapat bersama di majlis itu kerana hal-hal peribadi.

Dengar cerita, sambutan mereka terlalu baik. Ibu aku berkata "Tak tahulah, dapat tak kita melayan mereka sebaik itu jika mereka ke sini". Insya Allah, kita akan usahakan.

Sepanjang majlis pertunangan itu, memang meriah. Macam-macam acara yang ada. Hadiah daripada orang kampung terlalu banyak. Hingga ada yang tak dapat dibawa pulang ke semenanjung.

Selesai majlis pertunangan, keluarga aku berjalan
sakan di sekitar Kuching dan kawasan-kawasan lain yang menarik di Sarawak. Bab shopping tu, jangan ceritalah. Masing-masing seronok dan rasa seperti nak pergi lagi. Heheheh... Takpelah, ada rezeki dan kalau panjang umur, bulan Jun tahun depan...pergilah lagi.

Di sini, aku ingin berkongsi kemeriahan majlis di sana. Harapan aku agar hubungan adik aku berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Seterusnya berbahagia sehingga ke akhir hayat mereka. Amin...

ApSense ni merupakan satu-satunya social network yang anda boleh hantar iklan di dalamnya. Lebih menarik, bila anda hantar iklan anda akan dibayar!

Idea ni wujud selari dengan perkembangan kelajuan dan storage yang makin besar sekarang ini. Mereka bayar anda hasil daripada AdSense yang diletakkan dalam page anda.

Anda juga boleh target group yang bersesuaian dengan produk anda.
Lagi cepat anda bina rangkaian lagi bagus kerana kemungkinan besar, ApSense ini akan meletup. Jika anda awal, tentu ada banyak kelebihannya.

Setelah anda sertai, anda akan dapat "Link" anda sendiri. Kemudian ajak rakan lain untuk sertai Apsense melalui link Apsense anda.

Ganjaran - Setiap rakan anda yang menyertai Apsense melalui referral link anda - anda akan dapat USD1 (RM3.4 seorang). 10 orang anda akan dapat RM34. Ajaklah rakan-rakan anda sertai Apsense. Semuanya percuma.

Rebut peluang ini sekarang. Apsense antara yang terbaik untuk jana pendapatan online dan disamping meluaskan jaringan Network anda.

Daftar percuma sahaja dan kemudian setup page anda.

Register di sini : www.apsense.com





Beberapa hadith Nabi mengenai wanita ;

  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah, "Suaminya ". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan , semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  18. Barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  19. Daripada Aisyah r.a., "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".
Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. Buat renungan kita semua. Wassalam.

"BICARA ILMU ; PERMATA YANG HILANG...WANITA IDAMAN MAHLIGAI SYURGA '
ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN KEROHANIAN KOLEJ TENAGA NASIONAL 2001

Hati-Hati Kalau Memandu

Kepada teman-teman, kalau memandu tu hati-hati ya. Jangan tersalah lorong, nanti jadi plak macam dalam video ni. SELAMAT MENONTON.

Tidur, tidur dan tidur! Samada kita sedar atau tidak, kita sering mengutamakan rutin ini kepada anak ketika mengasuh anak. Jika boleh kita mahu dia tidur ketika kita mahu menjalankan aktiviti peribadi ataupun kita sendiri sudah mengantuk. Tetapi ternyata si kecil bukanlah mesin yang boleh mengikut apa sahaja kehendak kita.

Bagaimanapun, hati mana yang boleh tahan kalau sehingga larut malam pun dia seakan-akan masih bertenaga dan ghairah untuk sentiasa bermain. Kita mula resah apabila se kecil enggan melelapkan mata. Tubuh kita kian diasak keletihan. Namun, hasrat untuk tidur terpaksa ditangguhkan kerana dia mahu kita terus melayaninya. Beberapa langkah dibawah mungkin dapat membantu kita ;

  1. Sediakan suasana malam yang sunyi - Kurangkan aktiviti anak kecil setengah jam sebelum masa tidur. Dengan ini anak kita akan menjadi kurang aktif.
  2. Sediakan jadual - Tuliskan beberapa perkara yang perlu anak kita lakukan sebelum tidur di atas kertas. Antaranya seperti membaca doa tidur. Tampalkan kertas tersebut pada pintu biliknya. Apabila tiba masa tidur, semak semula jadual tersebut. Pastikan anak kita telah melakukan semua perkara yang telah disenaraikan.
  3. Senaman ringkas - Ajarlah anak kita beberapa bentuk senaman mudah seperti yoga. Setiap pergerakan ini boleh mergangkan badannya. Melalui senaman ini, dia akan berasa lega dan tenang serta ototnya dapat direhatkan.
  4. Berkhayal - Suruhlah dia memejamkan mata. Kemudiannya, minta dia bayangkan dirinya berada di suatu tempat yang istimewa seperti di tepi pantai atau di tempat lain yang menjadi kegemarannya. Dengan cara ini, dia akan berasa tenang dan gembira.
  5. Mengurut dan membelai - Walaupun masih kecil, otot tubuhnya boleh menjadi tegang. Ini adalah kesan daripada pelbagai aktiviti yang dilakukan seharian. Oleh itu, urut dan belailah dia agar tubuhnya berasa lega. Kita boleh lakukan urutan dengan menggunakan minyak yang berbau wangi.
  6. Beritahulah bahawa dia tidak keseorangan - Sebelum dia tidur, jelaskan kepada anak, bahawa dia tidak keseorangan meski pun bersendirian di bilik tidur. Beritahulah dia bahawa Tuhan sentiasa menemaninya. Malah, Tuhan akan melindungi anak yang baik dan patuh kepada ibu bapa.
  7. Biarkan biliknya disinari cahaya - Sekiranya dia takut berada dalam kegelapan, sediakan lampu tidur di biliknya. Sinar malap lampu tersebut akan dapa t menghilangkan rasa takut dalam diri anak kita.
  8. Dodoi dan belailah dia - Rapatkan dia pada tubuh kita. Dakaplah dia agar dia berasa sangat hampir dengan kita. Dodoi dan belailah dengan penuh mesra. Ini bukan sahaja membuatkan dia rasa disayangi. Malah, ia turut merehatkan anak kita.

Menghabiskan hujung minggu bersama anak-anak di tempat permainan sama ada di taman atau pun di tempat tertutup pasti merupakan satu detik yang menyeronokkan bagi anak kita. Kewujudan pelbagai jenis alatan permainan di sekitar taman di mana saja memberikan pilihan kepada kanak-kanak. Alat permainan terbahagi kepada dua iaitu permainan luar dan permainan dalam. Permainan luar merujuk kepada peralatan mainan yang disediakan di satu kawasan luar khusus untuk kanak-kanak bermain. Kemudahan ini terdapat di taman atau kawasan-kawasan perumahan.

Taman permainan luar bukanlah satu yang janggal didengar. Namun bagaimana pula dengan taman permainan dalam? Tidak ramai yang menyedari kewujudannya. Apatah lagi menyediakan kemudahan taman permainan dalam di tempat kediaman masing-masing. Kebanyakan ibu bapa gemar membawa anak mengunjungi padang permainan yang terletak berhampiran dengan rumah masing-masing. Namun, bagi bayi yang baru belajar untuk merangkak atau pun baru bertatih, ia bukanlah suatu tempat pilihan yang sesuai.

Padang permainan yang luas dengan hamparan rumput yang menghijau bukanlah tempat yang ssesuai bagi bayi bermain. Apabila dibawa ke sana, mereka hanya mampu duduk diam dan bersantai di dalam kereta sorong. Mereka tidak mempunyai banyak pilihan melainkan tidur ataupun berbaring sambil mendengar hiruk-pikuk kanak-kanak lain bermain. Bagi yang sudah boleh merangkak atau berjalan pula, mereka hanya dapat berada di sisi ibu sambil memerhati.

Anak kecil ini tidak bebas bermain di padang permainan. Lantaran itu, mereka lebih memerlukan persekitaran taman permainan dalaman berbanding padang permainan yang luas.

Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran