zwani.com myspace graphic comments

Pagi Ahad lepas (25hb Januari), kami sekeluarga berangkat ke Ampang. Plan nak gerak pukul 7.00pagi. Tapi, bersiap-siap itu ini..last2 hampir 9.00 pagi baru bergerak.

Kami tak terus ke Ampang. Kami singgah di Ayer Hitam dan Parit Bunga, Muar. Hubby ada janji dengan kawan2nya. Ada projek sikit..

Sampai rumah mertua di Ampang hampir jam 5 petang. Letih sebab bergilir2 drive. Nasib baik jem tak panjang sangat. Kat tol Sg. Besi jalan lanjar aje..

Isnin pula kaum Cina sibuk merayakan tahun baru..kami pula sibuk menyediakan juadah untuk para tetamu. Majlis pertunangan diadakan disebelah malam.. Jadi, siang tu kami dengan relaks menyiapkan juadah. Tak payah nak terkejar2.. Maklumlah, majlisnya malam..

Walaupun sedara-mara tak ramai yang hadir tetapi tetap meriah dengan kehadiran jemputan dari pihak lelaki iaitu keluarga Razman, saudara terdekat, jiran2 serta teman2 akrab mertua Intan.

Pendek kata, memang meriah malam tu. Tetamu yang hadir semua memuji lauk-pauk yang dihidangkan.. Mertua Intan memang meniaga makanan. Jadi, tak hairanlah kalau orang memuji rasa lauk-pauk yang dihidangkan. Alhamdulillah, mereka semua nampaknya berpuas-hati..

Nak tau, apa yang Intan bawak dari JB utk hidangan malam tu? Intan bawa brownies yang dalamnya ada badam hancur.. Seronok bila tengok tetamu suka brownies yang Intan buat tu. Siap bertambah2 makan brownies.. Ada pulak tu, siap ambik piring kosong pastu ambik brownies penuhkan piring tu.. Alhamdulillah...

Memang banyak gambar yang kami snap malam tu. Sebab Intan memang dah berniat nak masukkan gambar majlis tu bersama gambar2 hantaran ke dalam blog.. Tapi malangnya, sd kad kami rosak. Bila sampai ke JB, nak tengok gambar2 tu...langsung tak keluar apa2. Yang tertera hanya perkataan "NO IMAGE".. Alahai, sedihnya rasa dihati. Sia-sia aje snap gambar..


Sekarang kami cuma mengharapkan belas ikhsan adik2 dari sana mengirimkan gambar buat kami di sini. Nasib baik sebelum pulang ke JB tempohari, adik ketiga hubby sempat cucikan sekeping gambar kami sekeluarga bergambar beramai2 di pelamin. Jadi, dapatkan Intan masukkan ke sini sebagai kenangan..

Majlis seterusnya untuk adik ipar Intan ni adalah pada bulan Disember nanti.. Pejam celik pejam celik nanti.. sampailah ke bulan Disember..

Blueberry Cheese Tart


Lama benar rasanya Intan menyepikan diri. Mungkin ada yang sedar tentang hilangnya Intan di dunia blogger ni. Tapi ada juga
yg tak sedar. Maklumlah, Intan kan low profile..hehe..

Sebenarnya pc Intan ni dihantar ke kedai. Minta di reformat semula. Nak reformat sendiri, tak tau..Jadi, terpaksalah hantar ke kedai kann.. Pastu bila pc dah balik rumah, masa pulak tak mengizinkan Intan mengadap pc.. Al-maklumlah, tugas sebagai surirumah ni susah nak stop. Ada aje keje yang nak dibuat..


Beberapa hari sebelum ni Intan berjumpa dengan salah sorang tokey kek,cup cake & cheese tart iaitu Kak Siti.. Peramah orangnya. Seronok dpt jumpa Kak Siti. Tapi waktu berjumpa tu singkat sangat sebab Kak Siti banyak lagi kerja iaitu nak menyiapkan order pelanggan..




















Dapat juga Intan merasa blueberry cheese tart Kak Siti. Cheese tart tu adalah ole-ole dari Kak Siti. Nyum-nyum..Sedap betul chesse tart tu. Makan chesse tart tu mcm tak boleh berhenti la.. Ada harapan akan dibeli oleh Mr.hubby.. Cik abg Intan tu peminat cheese. Perkataan yg keluar dari mulut dia masa masukkan cheese tart tu "Ermm, sedap betullah cheese tart ni".

Oh ya, petang ni Intan akan ke rumah Kak Siti untuk mengambil cheese tart yang Intan order semalam. Hebat betul kak Siti. Semalam order, hari ni dah boleh ambil.. Cheese tart ni Intan nak bawa balik ke rumah mertua di Ampang. Sebagai buah tangan dari kami..

Jadi, utk teman2 diluar sana yang juga peminat cheese..cubalah hubungi Kak Siti utk mendapatkan cheese tart yang istimewa tu.. Tak rugi kalau beli.. Sekali makan, mesti nak lagi..

Pagi esok Intan bersama keluarga akan berangkat ke Ampang, Selangor untuk pulang ke rumah mertua di sana. Hari Isnin nanti adik ipar Intan akan bertunang. Semoga majlis pertunangannya akan berjalan dengan lancar dan selamat..

1st Order

Alhamdulillah, cup cake yang selalu Intan buat suka2 utk anak2 makan..akhirnya ada yang order. Sebenarnya dah lama juga cerita pasal cup cake 1st order ni. Masa cuti sekolah hari tu. Tapi baru hari ni sempat nak masukkan kat sini..


Bukanlah niat nak berbangga, tapi sekadar nak coretkan kat sini sebagai diary kenangan Intan sendiri. Rupanya pun bukanlah cantik macam org lain punya. Tapi sekurang2nya Intan rasa gembira sebab ada org yg sudi menempah kat Intan buat santapan anak2 dan suaminya.

Harap2 mereka berpuas hati dengan rasa serta deco cup cake tu. Orang yang menempah tu adalah sepupu Mr. hubby yang nak bawak balik ke Kuala Lumpur untuk anak2 dan suaminya.

Terima kasih Kak Munah sebab memberikan Intan semangat untuk terus membuat kek serta mendeco..



Saufi dah bergelar pelajar Sekolah Kebangsaan. Memang pening juga kepala Intan ni melayan kerenah dia. Layan ajelah selagi termampu.. Nasib baik dia dah ada ramai kawan kat sekolah tu sebab sebelum ni dia memang bersekolah pra sekolah di sekolah yang sama. Jadi, ramailah kawan2 yang memang dia dah kenal.

Maaflah sebab tak banyak gambar yg dapat diambil memandangkan sibuk dgn 2 orang anak lagi. Shafiq (anak kedua) jatuh pulak di jalan raya sewaktu sibuk berlari2 di kawasan sekolah. Lagilah haru dibuatnya. Benjol besar kat dahi kanan dia.. Pening..pening..

Tak dapat Intan nak cerita panjang sebab banyak lagi keje yg belum settle. Nanti kalau ada masa panjang, Intan akan lama2 kat blog.. Blog walking.. Maaf ya sebab dah lama Intan tak jenjalan ke blog kawan2.. Harap dapat dimaafkan..

Terima kasih Hana.. Seronoknya tengok Hana bercuti kat Tokyo. Bila pulak agaknya Intan dapat merasa ke sana.. Entah lahhh.. Insya Allah, moga2 sampai juga nanti..

Quote Dari Nur

Terima kasih banyak2 kat Nur.. Walaupun sibuk tapi masih ingat kat akak..

Inilah pemberian dari Nur.. Dulu rumah kami setaman perumahan tapi masa cuti sekolah hari tu, Nur dah pindah jauh sikit dari sini. Agaknya sebab dekat dengan tempat kerjanya.. Apapun, semoga persahabatan kita akan terus berkekalan..

Myspace Friendship Graphics Quotes


Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran