zwani.com myspace graphic comments

Adik Ipar Bertunang - SD Card Rosak

Pagi Ahad lepas (25hb Januari), kami sekeluarga berangkat ke Ampang. Plan nak gerak pukul 7.00pagi. Tapi, bersiap-siap itu ini..last2 hampir 9.00 pagi baru bergerak.

Kami tak terus ke Ampang. Kami singgah di Ayer Hitam dan Parit Bunga, Muar. Hubby ada janji dengan kawan2nya. Ada projek sikit..

Sampai rumah mertua di Ampang hampir jam 5 petang. Letih sebab bergilir2 drive. Nasib baik jem tak panjang sangat. Kat tol Sg. Besi jalan lanjar aje..

Isnin pula kaum Cina sibuk merayakan tahun baru..kami pula sibuk menyediakan juadah untuk para tetamu. Majlis pertunangan diadakan disebelah malam.. Jadi, siang tu kami dengan relaks menyiapkan juadah. Tak payah nak terkejar2.. Maklumlah, majlisnya malam..

Walaupun sedara-mara tak ramai yang hadir tetapi tetap meriah dengan kehadiran jemputan dari pihak lelaki iaitu keluarga Razman, saudara terdekat, jiran2 serta teman2 akrab mertua Intan.

Pendek kata, memang meriah malam tu. Tetamu yang hadir semua memuji lauk-pauk yang dihidangkan.. Mertua Intan memang meniaga makanan. Jadi, tak hairanlah kalau orang memuji rasa lauk-pauk yang dihidangkan. Alhamdulillah, mereka semua nampaknya berpuas-hati..

Nak tau, apa yang Intan bawak dari JB utk hidangan malam tu? Intan bawa brownies yang dalamnya ada badam hancur.. Seronok bila tengok tetamu suka brownies yang Intan buat tu. Siap bertambah2 makan brownies.. Ada pulak tu, siap ambik piring kosong pastu ambik brownies penuhkan piring tu.. Alhamdulillah...

Memang banyak gambar yang kami snap malam tu. Sebab Intan memang dah berniat nak masukkan gambar majlis tu bersama gambar2 hantaran ke dalam blog.. Tapi malangnya, sd kad kami rosak. Bila sampai ke JB, nak tengok gambar2 tu...langsung tak keluar apa2. Yang tertera hanya perkataan "NO IMAGE".. Alahai, sedihnya rasa dihati. Sia-sia aje snap gambar..


Sekarang kami cuma mengharapkan belas ikhsan adik2 dari sana mengirimkan gambar buat kami di sini. Nasib baik sebelum pulang ke JB tempohari, adik ketiga hubby sempat cucikan sekeping gambar kami sekeluarga bergambar beramai2 di pelamin. Jadi, dapatkan Intan masukkan ke sini sebagai kenangan..

Majlis seterusnya untuk adik ipar Intan ni adalah pada bulan Disember nanti.. Pejam celik pejam celik nanti.. sampailah ke bulan Disember..

6 comments:

adehhh.. mesti hampeh abis ek kalau sd card rosak camtu je.. kalau time xnak gune xmoh plak dia rosak.. hehe.. sabor je la kak eh..

January 31, 2009 at 3:18 PM  

k.intannnn...mana satu akak nih??

January 31, 2009 at 3:25 PM  

Time nak pakai tu ler dia rosak.... hehe ni nak ganti card ke nak ganti camera terus.. :D

February 1, 2009 at 11:12 AM  

re dir&fara:

ya kan..time nak guna,time tu la rosak..nasib baik masih boleh bersabar..

Tapi kan,akak baru dpt tau yg cik abg sempat save ke dlm laptop dia mlm majlis tu.. Alhamdulillah..


re hana:

aikss..hana masih tak kenal akak ke?kan dah byk kali muka akak glamour dlm blog sendiri..hehe

kalau nak tau, yg paling sempoi tu la akak..


re TOknabe:

ermm..rasanya belum sampai lagi seru nak ganti camera..haha..

February 2, 2009 at 12:52 PM  

sal tu lin guna hp camera je..ingt nk beli gak kamera la...terang sikit bergambar tu..

February 6, 2009 at 10:36 PM  

re Lin:

intan pulak ingat nak beli hp yg ada camera..senang sikit nak snap gambar..selalu tgk hp org je ada camera..teringin juga..hehe

February 7, 2009 at 1:53 PM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran