zwani.com myspace graphic comments

Award From Dir

[One_Smile1280_960.jpg]
@kakros01
Maaf Dir sebab award ni baru sempat ditempek kat blog ni.. Dir bagi 26 Oktober lepas.. Baru sekarang sempat ditempekkan kat sini..

@ehsan01Terima kasih tak terhingga buat Dir sebab sudi bagi award ni kat akak.. Walaupun kite baru kenal, tu pun tak berbual sangat dengan Dir sebab Dir ni pemalu orangnya. Kenal Dir sewaktu Dir & Fara datang beraya ke rumah Intan bersama Kasawari, Linda, Lin, Shai & Rosli.

Akak rasa sungguh terharu sebab akak terselit dalam reramai blogger & akak yg sedang tersengih tu..

@upin01Dir & Fara... @ipin02kalau ke Bukit Indah lagi, mesti singgah rumah akak ya. Boleh kite borak lebih2..@kakros02

Happy Birthday Saufi

@ipin01 Selasa 28hb Oktober 2008, kami membuat majlis utk sambutan ulangtahun anak sulong (Muhammad Saufihanif) yang ke 6. @upin01Majlis tu buat kecik2 aje..Cuma keluarga terdekat dan jiran terdekat aje yg dijemput. Jadi, kepada teman2 diluar sana yang Intan tak jemput..Intan mohon maaf ya..@kakros01

Cuma sorang teman merangkap jiran terdekat yang Intan jemput iaitu Lin. Cuma Lin & anak2 je yang datang bagi pihak jiran. Jiran2 lain yang Intan jemput semua tak datang disebabkan oleh masalah2 yang tak dpt mereka elakkan.. Ada juga jiran yang baru dpt baby.. Erm, nampaknya tahun dpn bolehlah celebrate sama2 dgn Saufi ehh.. Tahniah buat jiran Intan (Nizam & Abby) yg baru dpt baby boy..


Kek yang Intan hasilkan sendiri.. Dalam tu kek coklat lembap Malaysia..Resepi ambik kat umah Rinn Chan.. Luar disapu dgn butter cream.. Karektor kartun@upin02 Upin&Ipin @ipin02tu diwarna menggunakan piping jelly.. First time try buat karektor kartun. Last minute juga terlintas nak buat Upin&Ipin tu. Sbb ank Intan order karektor Ben10. Jenuh juga nak siapkan memandang takde sifu depan mata. Sifu semuanya di alam maya..Yg payahnya tu, nak lukis kartun di atas kek.. Ermm, betul2 mencabar Intan..@kakros02Nasib baiklah cik abg Intan pandai melukis.. Dialah yang tolong Intan selesaikan masalah melukis kat atas kek tu.. Pukul 5 pagi baru selesai menyiapkan kek utk anakku itu..
















@ehsan02Antara gambar2 yang sempat diambil. Menu tu pun simple jek.. Semuanya Intan sorang yang masak tanpa bantuan sesiapa tauu. Letih betul rasanya. Cik abang Intan siang tu tak dapat nak tolong apa sebab kawannya dari Kulai datang sampailah lewat petang menghampiri ke senja.. Takkan nak halau tetamu pulakkan. @fizi01So, dengan rasa geramnya...sorang2 la settlekan hal2 hidangan ni.. Apapun, Intan bersyukur kerana semuanya siap terhidang tepat jam 8 malam.. Alhamdulillah..

Terima kasih kepada yang sudi datang memeriahkan majlis besday anak Intan. Dia happy sangat sebab ramai2 nyanyi utk dia..pastu semangatlah dia bagi2 kek kepada tetamu..

Semoga Saufi akan menjadi anak yang Soleh, bijak pandai, baik budi pekerti dan akan menunjukkan contoh yang baik utk adik2.. Semoga Saufi akan menjadi ahli Syurga.. AMIN..


Ini pula hadiah@buah tangan dari Lin yang dibeli di Singapura untuk anak2 Intan yang minat sangat dengan Ben10.. Saufi&Shafiq dapat baju ni. Senyum simpul mereka bila melihat baju Ben10 ni.. Apa lagi, lepas dapat terus try.. Terima kasih banyak2 Lin..

Hadiah2 lain yang Saufi dapat tak sempat di snap memandangkan lepas dapat terus main entah pegi mane hadiah2 tu..

Kepada sesiapa yang nak try buat kek coklat lembap Malaysia resepi Rinn Chan tu, silalah try ehh..


KEK COKLAT LEMBAP M'SIA


Bahan-bahan :
250gm mentega
1 1/2 caw
an gula castor
2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk (dari petiais)
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masu
kkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya.
Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.
8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.

Hujung Syawal..

Selagi masih di dalam bulan Syawal, selagi itulah raya masih tak habis2 lagi.. @kakros01


Jumaat (24hb Oktober 2008) bersamaan 24 Syawal 1429, Intan berkesempatan berhari raya ke rumah kenalan hubby di Pasir Gudang.. Masa tu juga Intan mengambil kesempatan berhari raya ke rumah Sweetlilly(SL)@Nina.. Mula-mula hajat di hati nak berhari raya ke rumah akak. Tapi Intan tak dapat nak contact akak.. Jadi, Intan cuba hubungi SL@Nina..Maka, lewat petang Intan sampai ke rumah SL@Nina.. Terima kasih SL@Nina sebab sudi menerima kedatangan Intan&family.. Mesti Nina pening sebab anak2@hero2 Intan lasak2.. Berebut mainan Ben10 dgn anak Nina.. Terima kasih kerana menjamu kami dengan kuih2 raya yg sedap2 beserta kek buah kukus yang sedap sgt..Baru keluar oven lagi.. Puding coklat yg sungguh kuat rasa coklatnya..Ermm, memang sedap.
@upin01@ipin01


Hari ni Ahad (26hb Oktober) bersamaan 26 Syawal, seorang blogger yang dikenali ramai datang berhari raya ke rumah Intan..Blogger tersebut ialah Linn yang dikenali ramai sebagai Kak Linn..


Linn datang bersama suami dan anak tersayangnya..Sungguh comel pengarang jantung Linn ni..@kakros02Tapi pemalu sikit.. Sebenarnya Linn ada beritahu Intan nak datang ke rumah hujung minggu ni. Tapi Intan tak ingat langsung..lagipun Linn tak ingatkan Intan kat shout box Intan.. Jadi, takde apa hidangan istimewa yang dapat Intan sajikan buat Linn sekeluarga.. Cuma sempat buat brownies je.. Tu pun mereka makan sikit je. Malu agaknya.. Terima kasih Linn sebab sudi bertandang ke teratak buruk akak ni.. Ada masa, datanglah lagi ya..

@ipin01@ipin02

Ikon Senyuman Upin & Ipin

Lama rasanya Intan takde entry.. Kalau ada pun, tak habis2 cerita raya..
@kakros01

Kali ni, Intan nak tunjuk ikon senyuman yang baru Intan install. Bukan apa..sebab anak2 Intan ni minat bebeno dgn Upin & Ipin.. Tak boring2 tengok cerita Upin & Ipin tu. Jadi, Intan pun masukkan ikon senyuman ni biar diorg tak boring2 tengok blog Intan ni..
@upin01@ipin01

Syok pulak rasanya guna ikon senyuman Upin & Ipin ni.. Bukan anak2 Intan aje yg suka, Intan pun suka juga.. Comel la Upin & Ipin ni..

Terima kasih kepada yang mencipta ikon senyuman ni. Hakmilik sepenuhnya ikon ini ialah Upin&Ipin. Terima kasih kepada Blogmenjerit dan Topotato.

Anak kedua Intan yang sedang tengok Intan menaip ni, suka sgt tengok muka2 kartun kegemaran dia ada kat blog Intan ni..


@mail01
@ehsan02

Semoga berjumpa di lain entry pulak..betul,betul,betul..
@upin02@ipin01


@kakros02

Masih lagi dalam mood raya.. Semalam (Ahad,19hb Oktober 2008), Intan bersama suami dan anak2 menunaikan janji untuk berhari raya ke rumah rakan blogger tersohor Johor (Kasawari)..

Kami tiba depan rumah Kasawari dalam pukul 3 petang. Waktu kami tiba, Toknabe & family pun baru tiba juga. Mereka baru keluar kereta.. Tak sangka, janji utk sama2 serang rumah Kasawari tertunai juga walaupun kami tak berjanji waktunya. Cuma berjanji harinya sahaja. hehe..

Ketibaan kami disambut mesra oleh Kasawari dan Linda. Hidangan juga sudah tersiap di meja..

Jom kita layan gambar2 yang di candid serta yang tak di candid di rumah Kasawari..






































Terima kasih Kasawari dan Linda kerana menerima kedatangan kami dengan cukup mesra.. Jika ada masa yang mengizinkan, kami akan datang berkunjung ke Bandar Putra lagi.. Insya Allah..

Bye-Bye

Sayangnya kat template lama..tapi hati ni terasa nak tengok wajah baru pulak.. Ermmm, layan je la..ikut kata hati. Orang ubah langsir, kite pun nak ubah langsir juga..

Apa pun, kenangan bersamamu tetap terpahat di hati sanubariku ini.. Selamat tinggal template lama.. Kalau ada jodoh, kita akan bertemu lagi..hehe.. Sayu juga rasa hati nak tinggalkan template lama..

Hari ni ramai yang datang beraya ke rumah Intan. Maklumlah, hari Ahad..ramai yang tak bekerja. Kebetulan cik abang Intan pun tak bekerja hari ni.. Jadi, kami pun masak2 sikit untuk meraikan tetamu yang mahu berkunjung dan berhari raya ke rumah Intan..

Tetamu awal yang tiba ke rumah Intan ialah para2 blogger yang dikenali ramai.. Kasawari bersama isteri tersayangnya Linda..Lin bersama 2 orang anaknya, Dir dan Fara, Shai serta Rosli yang datang dari Singapura..

Intan rasa berbesar hati kerana kesudian teman2 blogger berkunjung ke rumah Intan yang tak seberapa ni..



















Shahir seperti biasa tetap menjadi tumpuan kerana suka tersenyum kepada tetamu yang hadir.. Sesiapa saje yang datang ke rumah Intan ni mesti suka dengan gelagat Shahir yang sentiasa tersenyum..
Shahir sedang berkhayal

Tetamu lain yang turut hadir ke rumah Intan.. kedua orang tua Intan dan 2 orang adik Intan..Sepupu cik abang serta beberapa orang teman..











Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran