Tag Dari Kak Zanie

Tag From Hazila
Kak Zanie ni, dalam sibuk2 membuat persiapan raya, sempat lagi nak tag kite ni.. Takpelah, nasib baik Intan murah hati sikit malam ni.. Cuba luangkan masa utk jawab tag dari Kak Zanie. Takut kalau dibiarkan, jadi pekasam pulak tag ni..


1. Nama Timangan;

Ahli keluarga dan saudara-mara serta teman2 panggil Intan. Anak2 sedara panggil Mak Long sebab Intan dan suami, dua2 anak sulong..

2. Saya Seorang Yang;
  • Peramah juga bila dah kenal
  • Suka buat kerja cepat2 tapi cermat
  • Cepat terasa hati
  • Cepat marah serta cepat juga redanya
  • Sekarang ni suka mencuba resepi..lebih2 lagi resepi kek
  • Suka tgk suami, anak2 dan keluarga makan kek hasil buatan tangan sendiri...betul2 rasa puas hati dan gembira sgt. Sebab sebelum ni, kek semua dibeli. Skrg, dah takde beli2 lagi..
Cukup kot, arahan takde cakap pun nak berapa..

3. Insan2 Teristimewa;

Suami, ahli keluarga (emak,ayah,anak2,adik2) serta rakan2 di alam cyber yg sentiasa dekat di hati..

4. Makanan kegemaran;

Suka makan apa saje..lebih2 lagi mee bandung emak Intan buat.. nyum2

5. Favourite colour;

Biru, coklat..

6. Favourite Song;

Kau Merubah Segalanya, Pelangi Petang, Untukmu Ibu

7. Benda Yang Membuat Anda Stress;
  • Bila anak tak dengar cakap
  • Bila anak asyik bergaduh..mula2 main2 pastu betul2 (ishhh, geram betul laaa)
  • Bila tunggu sesuatu macam tunggu buah yg tak gugur2
  • Bila kena tipu ( sakitnya hati)
  • Bila orang tak hormat kite
  • Bila ada pemandu yang kurang ajar di jalan raya..
  • Lastly, hehehe...bila ada perselisihan faham dgn Mr. Hubby..tapi, selalunya sesiapa yg rasa bersalah, cepat2 akan minta maaf...pastu hilanglah stress..
8. 3 benda dalam wallet;

  • IC
  • Lesen memandu
  • Duit
9. Kali Terakhir Nangis Beriya-iya;

Masa keguguran.. (sedih sgt masa tu, hanya Alllah saje yg tahu betapa sedihnya hati..masa tu rasa macam dah tak jejak di dunia nyata..rasa kosong jiwa ni)


Ok ya Kak Zanie..harap Kak Zanie berpuas-hati dengan jawapan saya ni.. Nampaknya saya tak panjangkan tag ni ya sebab rasanya masing2 sibuk membuat persiapan raya.



2 comments:

pernah keguguran jugak ...

apa puncanya ... if could n want to share .

pre caution my future ...

*pls ping in my shoutbox my shoutbox. takut terlupa ...

September 22, 2008 at 9:49 PM  

Salam..

panjang ceritanya..2 kali keguguran..sedih sgt..

October 7, 2008 at 1:26 AM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran