Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penemuan emas di pantai Mersing, Johor. Ramai orang telah ke sana untuk mengambil peluang mendulang emas. Khabarnya ada yang mendapat ribuan ringgit semata-mata kerana mendulang emas dan mendapat emas di pantai tersebut.
Ibubapa aku juga tidak melepaskan peluang ke pantai tersebut sewaktu mendapat jemputan kenduri kahwin di Mersing pada hujung minggu lepas . Mereka ingin melihat sendiri benarkah apa yang dihebahkan di akhbar. Rupanya memang benar, ramai orang sedang mendulang emas di pantai tersebut. Terlalu ramai orang hingga tidak terkira.
Ibu aku pun bertanya kepada salah seorang penjual air minuman di tempat parking kereta, "Awak tak mendulang emas kat bawah sana?". Penjual air itu pun menjawab, "Tak payah makcik, kat atas ni pun dah jadi lombong emas". Wah! begitu hebat jualan air minumannya. Sehingga dia tak pedulikan emas di tepi pantai. Jual air sahaja pun seperti mendapat emas. Itu bermakna terlalu ramai orang ke sana untuk mendulang emas. Apabila terasa dahaga, air minuman pasti dicari. Ibu aku bertanya pula kepada salah seorang yang sedang mendulang, "Banyak ke emas yang awak dapat? Berapa ringgit awak dah dapat?". Dia menunjukkan emas yang hanya sebesar sebutir gula pasir. Katanya " saya dah dapat RM 1,000".
Aku bertanya kepada kedua ibubapaku samada mereka mengambil kesempatan itu untuk mendulang sama. Rupa-rupanya mereka tidak mendulang, cuma mahu melihat kebenaran berita yang didengar. "Kenapalah tak mendulang sama, sekurang-kurangnya RM500 mesti dalam tangan" aku berkata kepada ibuku.
Begitulah hakikat kehidupan. Di mana ada lubuk emas atau lubuk pendapatan, pasti ramai yang akan ke sana. Pakcik aku yang tinggal di Ampang, Selangor pun berkata yang jirannya sanggup ke Mersing untuk mendulang emas. Kalaulah aku ada kesempatan, silap-silap aku pun nak mendulang sama. Hehehehe...Siapa yang tak mahu emas kan? Kalau di tukar duit..itu yang kita nak tu.
Orang-orang yang tinggal di Mersing pasti tidak melepaskan peluang untuk mendulang emas. Kalau dah jadi kaya kerana mendulang, janganlah lupa untuk bersedekah ya. Moga-moga rezeki anda semua akan bertambah. Amin..

Labels: Aktiviti
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah jangan gelakkan..
Labels: Video
Kita mungkin sering tertanya : 'Apakah kriteria kanak-kanak hiperaktif?' Selalunya, kita beranggapan kanak-kanak hiperaktif bersifat pemarah, buas, ganas, suka memberontak, bersikap agresif dan sukar dikawal. Ada juga yang mengatakan anak hiperaktif lebih suka bermain, tidak suka belajar, tidak boleh duduk diam, suka melakukan perkara-perkara yang berbahaya dan sangat berani.
Yang lain pula berpendapat, anak hiperaktif bertindak pantas, aktif dan tidak dengar cakap dan agak degil. Semua ini hanyalah sebahagian daripada pelbagai gambaran negatif terhadap seorang anak yang dilabelkan sebagai hiperaktif. Persoalannya, adakah anak hiperaktif boleh dianggap sebagai anak yang bermasalah? Sebenarnya, apa jua tingkah laku anak-anak samada baik atau buruk dikawal oleh otaknya. Otak yang mengawal segala aktiviti samada yang wujud dalam bentuk perubahan emosi mahupun perubahan tingkah laku.
Otak adalah organ pertama yang terbentuk dan menjadi pusat pentadbiran manusia dan mula dibina sejak hari ke 16 kehamilan. Empat bulan pertama sewaktu dalam kandungan, 100 bilion hingga 1 trilionsel-sel neuron dibina untuk membolehkan otak berfungsi. Sel-sel neuron tersebut kemudiannya mengalami proses kematangan masing-masing. Ketika anak dilahirkan kematangannya mencapai tahap 25 peratus. Seterusnya meningkat sehingga 50 peratus sewaktu enam bulan, 85 peratus ketika berusia tiga tahun hinggalah mencapai 95 peratus kematangan apabila berumur 6 tahun.
Hakikatnya, sejak anak dilahirkan sehingga mencapai umur enam tahun, otak yang dimiliki oleh kanak-kanak sebenarnya mampu melakukan apa sahaja yang mampu dibuat oleh otak orang dewasa. Ini bermakna, setiap rangsangan yang diterima oleh anak dalam apa jua bentuk yang boleh didengar, dilihat, disentuh dan dirasai akan diterima dan diolah oleh sistem otaknya. Otak inilah yang menjadi penggerak kepada seluruh anggota tubuh seseorang. Kerana inilah Al-Ghazali r.a pernah berkata "Barangsiapa dapat mengawal dunia dalamannya makan mudahlah baginya untuk mengawal dunia luarannya.
Labels: Si Comel
Tahap kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihantan seperti serangan jantung dan strok. Bagi orang dewasa, tahap kolesterol normal adalah kurang dari 200mg/dl. Di atas tahap ini, risiko mendapat penyakit koronari meningkat terutama sekali jika bacaan kolesterol dari 200mg/dl ke 2239mg/dl. Keseimbangan antara LDL dan HDL adalah amat penting bagi menjamin kesihatan anda. LDL atau 'lower density lipoproteins' juga dikenali sebagai 'kolesterol kurang baik' manakala HDL atau 'high density lipoproteins' adalah 'kolesterol baik'. LDL menyebabkan arteri tersumbat dengan kolesterol manakala HDL menghalang perkara ini berlaku. Jika anda ingin mengawal atau mengurangkan tahap kolesterol anda, berikut adalah cara-cara yang anda boleh amalkan dalam kehidupan seharian :
- Kurangkan pengambilan santan kerana ia mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi yang menaikkan tahap LDL badan. Walau bagaimanapun kebanyakan sayuran atau buah-buahan tidak mengandungi kolesterol
- Baca label makanan. Kebanyakan snek dan makanan yang telah diproses mengandungi lemak tepu yang sukar dikesan oleh pengguna
- Berhati-hati apabila mengambil produk tenusu (non-dairy substitutes). Susu kri kopi, bancuhan kek dan krim putar selalunya mengandungi minyak kelapa atau sawit yang mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi
- Gantikan pengambilan lemak tepu (saturated fats) dengan lemak tak tepu (unsaturated fats). Minyak zaitun dan avokado adalah punca terbaik lemak monounsaturated, manakala lemak polyunsaturated boleh ditemui dalam minyak kesumba (safflower), bijan, soya, bunga matahari, jagung dan biji kapas.
- Pastikan hanya memakan daging yang sudah dibuang lemak atau rendah kandungan lemaknya. Untuk mudah kenyang, anda juga boleh memakan lebih makanan karbohidrat seperti roti, nasi dan bijirin
- Serat mudah larut (soluble fibre) yang terkandung dalam oat boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Selain oat, anda juga boleh mengambil kacang pis dan kekacang yang mengandungi kandungan serat yang tinggi
- Untuk mendapat faedah kesihatanyang optimum, pastikan diet anda seimbang dan pelbagai
- Kurangkan atau berhenti merokok. Merokok mengurangkan kandungan HDL di dalam badan anda
- Bergerak selalu! Aktiviti harian yang sederhana atau senaman yang sempurna boleh menaikkan tahap HDL badan anda
Labels: Kesihatan
Siapakah Yang Berisiko Tinggi?
Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan berisiko lebih tinggi untuk mengidap penyakit ini adalah:-
Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan berisiko lebih tinggi untuk mengidap penyakit ini adalah:-
- Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap kencing manis (ibu bapa, adik-beradik)
- mereka yang berat badannya agak tinggi
- Mereka yang pernah mempunyai radang pada pankreas
- Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil
Apakah Rawatan Untuk Penyakit Kencing Manis?
Sebelum tahun 1921, tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Pada masa ini terdapat pelbagai ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada penghidap-penghidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan. Makanan yang kita makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Ada kalanya, kes-kes yang tidak teruk dapat dikawal melalui penjagaan makanan sahaja.
Labels: Kesihatan
Siapa kata persahabatan tidak penting dalam kehidupan? Menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja dalam konteks yang wajar dan selamat bakal menjadikan kita sebagai individu yang sihat. Jika kita memilih untuk menjadi 'kera sumbang', kita sebenarnya kehilangan nikmat persahabatan malah memberi ruang 'penyakit' untuk datang menyerang. Amalkan beberapa tips di bawah ini apabila berjumpa dengan sahabat baru;
- Hadiahkan senyuman seikhlas mungkin untuk teman yang baru kita kenali.
- Elakkan diri dari menyendiri, sebaiknya mulakan berbicara walaupun hanya sepatah kata dan menyapa.
- Guna bahasa yang paling sopan. Kata orang ayat permulaan dalam perkenalan punya kuasa luar biasa. Mana tahu cara ini boleh membuatkan teman lebih mengingati kita.
- Pandang mata teman apabila bercakap. Ini salah satu cara kita menunjukkan keyakinan diri untuk bercakap.
- Genggam erat tangannya masa berjabat salam. Cara ini juga memberi lebih keyakinan untuk kita terus memulakan keakraban dengan teman baru.
- Elakkan berbincang topik-topik yang menyinggung perasaan mahupun yang menampakkan ketidakserasian kita dengannya dalam mengutarakan pendapat sekalipun kita mahu lihatkan diri kita yang sebenar.
- Amalkan sikap mesra selalu. Banyakkan menegur apabila setiap kali berjumpa walaupun hanya seketika.
Labels: Kesihatan
Merokok merupakan risiko kanser yang paling banyak diberikan publisiti. Daripada perspektif kesihatan, tidak diragui lagi, merokok atau menggunakan tembakau dalam sebarang bentuk merupakan ilihan paling buruk yang boleh dibuat.
Menurut AICR, penggunaan tembakau bukan sahaja meningkatkan risiko kanser paru-paru, ia juga boleh mempengaruhi beberapa bentuk kanser lain (serta meningkatkan risiko terhadap penyakit kardiovaskular dan strok).
Menurut WHO, kanser paru-paru pada masa ini adalah pembunuh terbesar dan merupakan kanser paling umum - lebih 1.3 juta kes di seluruh dunia dan hampir sejuta kematian setiap tahun.
Di Malaysia juga keadaan yang sama buruk dengan negara lain. Kanser paru-paru pada masa ini merupakan penyebab utama kematian lelaki akibat kanser yang meragut beratus nyama setiap tahun.
Kematian akibat kanser ini boleh dicegah. Hanya ikut peraturan mudah ini : Jangan merokok atau menggunakan tembakau dalam sebarang bentuk. Jika pada masa ini anda tidak merokok, jangan mulakannya. Jika anda merokok, berhentilah.

Berikut adalah petua-petua mudah untuk menjaga kesihatan agar tubuh sentiasa sihat. Petua asas ini mampu mengubah cara hidup kita.
Amalkan Sikap Optimistik
Pemikiran yang sihat selalunya menghasilkan badan yang sihat. Dengan mengamalkan sikap yang positif atau optimistik dalam kehidupan dapat meningkatkan kesihatan mental dan juga fizikal.
Kurangkan Pengambilan Lemak
Terlampau mengurangkan pengambilan lemak dalam pemakanan tidak digalakkan. Hadkan pengambilan makanan yang berlemak dalam pemakanan dan kurangkan makanan yang terlalu berminyak, daging berlemak dan juga makanan segera. Bukan menyingkirkan lemak.
Hentikan Tabiat Merokok
Merokok menyebabkan kanser paru-paru dan gejala penyakit lain. Sebolehnya kurangkan dan berhenti serta merta agar hidup terasa lebih b ermakna. Bukan itu sahaja, duit juga dapat dijimatkan tanpa perlu membeli rokok.
Pengambilan Air Secukupnya
Minum air yang secukupnya untuk membantu penghadaman, menghapuskan toksin, mengurangkan selera makan dan juga melembapkan kulit. Tabiat ini juga boleh menghindarkan penyakit barah pundi-pundi kencing bagi kaum lelaki.
Sentiasa Bergerak
Kita seharusnya melibatkan diri dengan kegiatan yang banyak menggerakkan anggota badan. Kekerapan kita bergerak bukan sahaja dapat membantu secara fizikal tetapi juga mampu untuk mengurangkan tekanan.

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segala...Apa yang tiada dalam syurga?...Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok...Untuk diluruskan lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus...Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah...kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah...
Didiklah mereka dengan panduan dari Nya...Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita...Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang Kekal. Disitulah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu...Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan Iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan...Ia bukan diskriminasi Allah....sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus...Bahkan akan semakin membengkok...Itulah hakikat andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki huru-hara...Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...Pastikan sebelum wanita menuju Illahi, pimpinlah diri kepadaNya...Jinakkan diri kepada Allah...Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'...Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.

Labels: Wanita
Anak kedua aku kurang sihat. Kesian dia. Puncanya berjangkit dari abangnya. Mula-mula abangnya yang batuk selsema. Lepas sihat abangnya, adiknya pula diserang batuk, selsema dan demam sekali. Kesian aku tengok dia. Terbatuk-batuk. Selera makan pun kurang. Tak macam selalu. Selalunya, dialah yang kuat makan. Pantang apa saja makanan yang ada, semua nak dimakan. Sejak 2, 3 hari ni...selera makan dia kurang pulak. Semua benda ditolak. Sedih aku tengok dia... Kebetulan, semalam juga birthday suami aku...tak ada apa yang istimewa. Maklumlah, anak kurang sihat...aku pun jadi macam orang tak sihat. Konon-konon nak masak speacial untuk suami aku. Tapi, semuanya tak menjadi. Nantilah, bila semua dah sihat....aku nak masak special juga untuk suami dan anak-anak ku.
Malam tadi, masa dia tengah tidur.... dia terbatuk-batuk sampai termuntah. Keluar susu yang baru lepas diminum. Matanya masih pejam tapi mulut keluar muntah. Naluri hati aku sebagai seorang ibu....ish, sedih tak terkata. Kesian anak aku. Kalau anak-anak aku sihat, macam-macam aktiviti lasak yang mereka buat sampai aku tak keruan. Tapi, kalau mereka tak sihat...hati aku selalu tersentuh.
Lepas dia muntah, hingar-bingar pulak bunyi mercun di sekeliling rumah aku. Maklumlah, jiran-jiran menyambut Deepavali. Jiran depan rumah aku tak balik rumah emak dia ke? Anak baru seorang, tapi sambut Deepavali dekat rumah sendiri. Apa salahnya baliknya rumah orang tua? Agaknya berbeza budaya kita dengan budaya mereka. Lama pulak tu bunyi dentam-dentum mercun depan rumah aku. Terperanjat anak-anak aku. Ish...kalau tak fikirkan dia tu jiran, memang dah kena 'sound' dengan aku. Mengganggu tidur anak-anak kecil.
Harap-harap kesihatan anak aku akan cepat pulih. Biarlah dia sihat seperti biasa. Biar dia aktif, lasak... dan apa-apa sajalah, asalkan sihat daripada muram dan tidak sihat. Sebagai ibu... tidak pernah lekang dari mulutku untuk mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan ketaatan mereka kepada Allah. Semoga anak-anak aku menjadi anak-anak yang soleh, sihat, baik budi pekerti, bijak pandai dan sentiasa berbahagia kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Mungkin sekarang pelbagai ujian dan cobaan terpaksa aku tempuhi untuk membesarkan mereka. Memandangkan anak-anak aku ni lasak-lasak. Tapi, aku yakin satu hari nanti merekalah yang akan menyenangkan aku. Doa-doa dari mereka yang akan membahagiakan aku sewaktu aku sudah tiada di dunia ini lagi. Semoga anak-anak akulah yang akan menunggu aku di pintu 'SYURGA'.. AMIN....

Salam perkenalan. Saya Shahrul Fitri@eddie, suami Intan. Saya hendak berkongsi pengalaman rakan saya yang baru pulang dari Jepun melawat Tokyo Motor Show 2007 yang terkenal itu. Dia mendapati rata-rata premis perniagaan, rumah kediaman malah bas serta kenderaan awam memasang solar panel. Rumah kediaman dan premis perniagaan memasangnya untuk 'lighting' atau pencahayaan dan peralatan yang bervoltan sederhana (seperti lap top, sistem stereo, pemanas air dan lain-lain) dan telah menjimatkan banyak wang dari perlu membayar bil elektrik yang tinggi. Ianya telah menjadi suatu trend di sana sekarang. Masalahnya apabila rakan saya itu hendak membelinya untuk dibawa pulang ke Malaysia (yang berharga dalam RM500/unit yang mampu menerangi seluruh rumahnya untuk lebih dari 10 tahun), penjual tidak dapat menjual kepadanya kerana menurutnya kastam Malaysia pasti akan mengambil solar panel itu. Kerajaan Malaysia & Singapura hanya membenarkan solar panel untuk sistem pemanas air (water heater) sahaja. Adakah ini benar? Saya pun tak tahu. Kalau ini tidak benar, harap tinggalkan komen anda. Menurut penjual Jepun itu, di Malaysia & Singapuralah tempat yang paling sesuai untuk solar panel ini digunakan kerana kita mendapat cahaya matahari yang optima di sini. Cuba bayangkan berapa banyakkah bil elektrik yang mampu dijimatkan sekiranya kerajaan membenarkan ia dijual di sini. Berita yang kita dengar beberapa hari lalu jelas menunjukkan bahawa kadar tarif bil elektrik akan dinaikkan lagi pada tahun hadapan. Yang pasti sekiranya solar panel ini dibenarkan, hasil dari kutipan caj bil elektrik kita akan berkurangan.
Foto-foto menunjukkan bukan sahaja solar panel dipasang di bumbung2 rumah, malah di seluruh bandar seperti lampu jalan, lampu pada papan tanda, mesin tiket parking, bumbung bas dan malah sistem pam dan pencahayaan di stesen2 petrol juga menggunakan tenaga suria. Perlu diingat, ini bukan kemajuan, tetapi kebijaksanaan. Bilakah kita akan 'dibenarkan' untuk membuat pilihan yang bijaksana? Harap2 ianya tidak mengambil masa yang lama. Kerana banyak negara2 dunia ketiga sudahpun menggunakannya.

Labels: Teknologi
Kanak-kanak bermain kerana seronok. Tetapi kita tahu bahawa bermain pun adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak belajar tentang dunia di sekeliling mereka melalui barangan permainan yang mudah dan meniru tindakan orang dewasa. Bermain dapat menolong menggalakkan kemahiran anak-anak berbahasa, berfikir dan mengatur.
Kanak-kanak belajar dengan mencuba perkara-perkara yang baru dan akan bertanya kepada kita apabila ada sesuatu yang mereka tidak faham. Bermain boleh membina pengetahuan, pengalaman dan membantu kanak-kanak membesar dengan sifat ingin tahu, berkeyakinan serta berdikari. Jika anak-anak kita bertanya pelbagai soalan, jawablah dengan jawapan yang mudah dan penuh kesabaran kerana kadangkala soalan mereka memang yang pelik-pelik.
Kanak-kanak suka berlakon atau main olok-olok. Mereka suka menggayakan pakaian ibu bapa mereka untuk menjadi ibu atau ayah. Meniru gaya percakapan ibu ayah yang mereka lihat seharian. Berusaha melakukan sesuatu yang baru dan berlainan adalah langkah yang perlu dalam perkembangan kanak-kanak.
Adakala kanak-kanak gemar bermain sendirian tetapi adakala mereka mahu bermain bersama orang dewasa. Bercakap, menyanyi, mendengar muzik dan bunyi adalah baik untuk bayi serta kanak-kanak. Begitu juga dengan bacaan doa, lagu nurseri dan sebagainya. Jika, setiap hari diulang-ulang, ia boleh membantu memperkayakan pengetahuan dan penguasaan bahasa kepada anak. Contoh terdekat adalah anak saya sendiri yang saya ulang-ulang bacakan doa makan setiap kali dia ingin minum susu sejak umurnya sebulan. Apabila umurnya 1tahun 6 bulan, dia sudah boleh membaca doa makan sendiri setiap kali hendak makan dan minum.

Hidup merupakan sumber kenikmatan sebab dengan adanya hidup maka seseorang itu dapat merasakan kenikmatan dan tanpa kehidupan, maka tidak seseorang pun dapat menikmati erti kehidupan di dunia serta merasakan pembalasan baik dan buruk di akhirat kelak.
Dunia ini diciptakan oleh Allah sebagai tempat kehidupan dan kematian, sedangkan alam Akhirat dijadikan sebagai tempat pembalasan dan kemudian tempat yang kekal abadi. Allah telah menciptakan hamba-hambaNya di dunia ini untuk menyembah hanya kepadaNya serta menguji hambaNya. Hingga dapatlah diketahui siapa di antara mereka yang paling baik amalannya dan nanti akan diberi balasan pahala. Atau sesiapa yang berbuat durhaka, maka nanti akan mendapat siksa.

Marilah bersama-sama kita menghayati kuntuman puisi dan pernyataan rindu di puisibuatkhaliqdanrasulnya.blogspot.com . Semoga kita mendapat sedikit pelajaran dan iktibar di situ. Amin...
Labels: Kesihatan
Susu bukan hanya untuk bayi, kanak-kanak dan wanita sahaja. Lelaki juga masih masih memerlukan susu untuk mengekalkan kesihatan. Susu kaya dengan zat protein untuk membina tubuh, vitamin serta mineral-mineral yang penting. Bahkan, susu juga aalah pembekal kalsium yang baik, iaitu sejenis mineral yang dapat membentuk tulang yang kuat dan padat . Untuk jangka masa panjang, susu adalah benteng yang paling sesuai untuk mencegah osteoporosis. Kalau anda tak suka minum susu tepung, pilihlah susu segar atau susu berperisa. Tak kiralah diambil pada suhu panas atau sejuk, usahakanlah untuk meminum sekurang-kurangnya segelas susu sehari. Semoga kesihatan diri kita akan sentiasa terpelihara.
Labels: Kesihatan
Satu ujian telah dilakukan terhadap 25 orang lelaki berumur antara 18 hingga 68 tahun dan mendapati mereka yang meminum campuran madu dan air mempunyai tingkat antioksida lebih baik dalam darah mereka daripada mereka yang tidak meminumnya langsung.
Menurut satu kajian yang dilakukan di Universiti Illinois, Amerika Syarikat, madu dipercayai membantu mengurangkan serangan penyakit jantung. Khasiat yang ada pada manisan ini dipercayai membantu melancarkan pengaliran darah menerusi arteri dan memiliki kesan perlindungan yang memberangsangkan. Jumlah antioksida dalam madu sama dengan sebiji epal, pisang, jeruk dan strawberi. Madu hitam dikatakan mempunyai antioksida paling baik serta banyak dan ianya bagus untuk kesihatan jantung.

Kerajaan Malaysia sangat menggalakkan kita mempelajari bidang pertanian. Kita biasa mendengar kempen Kerajaan, Pertanian Itu Satu Perniagaan. Saya dan suami berserta beberapa orang kawan kami telah berkongsi dalam menceburi bidang pertanian konsep moden yang dipanggil Fertigasi dan Hidroponik. Malah kami juga telah mengusahakan set Tauge Automatik di belakang rumah kami setelah mendapat tunjuk ajar dari Institut Pertanian Air Hitam (IPAH). Kami telah juga membuat model Hidroponik di depan rumah kami seluas 5' X 10'. Kami telah memulakan dengan skala sederhana (dalam 1300 pokok) tanaman Melon Wangi veriety Golden Langkawi di sebuah kawasan di Kompleks Belia Larkin dan di Kampung Parit Ramunia di Benut. Kami juga telah mengusahakan tanaman cili Kulai Susu yang unik itu. Malah penerbit rancangan Agrotek telah mengutus surat pada kami meminta kebenaran membuat rakaman aktiviti di kebun kami. Akhirnya krew Agrotek datang ke kebun kami dan membuat rakaman itu pada bulan Julai 2006 dan ditayangkan di rancangan Agrotek RTM1 sebulan berikutnya. Kos set up memang tinggi tetapi kos operasinya tak mahal kerana semuanya dibuat secara automatik. Suami saya telahpun membuat blog dalam 2 bahasa untuk berkongsi pengalaman & pengetahuan kami tentang bidang ini. Silalah lawat blog suami saya di pertanian-moden-precision-farming.blogspot.com
atau di http://guide-to-precision-farming.blogspot.com
atau di http://guide-to-precision-farming.blogspot.com
Saufi dengan buah Rock Melon yang baru dipetik di Benut
Kebun kami di Benut
Labels: Kebun
Subscribe to:
Posts (Atom)