zwani.com myspace graphic comments

Hari ni 31hb Julai merupakan hari ulang tahun perkahwinan emak ayah Intan yang ke 33. Alhamdulillah, semakin meningkat usia perkahwinan mereka.. Hari ni juga lah yg Intan tunggu2 sebab nak buat kek khas utk mereka.. Intan tunggu masa anak2 tido baru start mendeco. Tapi tengah2 mendeco ada juga gangguan dari mereka. Biasalah, anak2 kecik ni time tido mesti nangis nak susu..mengigaulah.. macam2 aje lah. Sentiasa terganggu kerja mendeco Intan ni tak kira siang atau malam. Akhirnya kerja mendeco Intan siap dlm pukul 3.00 pagi. Kemas itu ini,dptlah Intan tido sblm pkl 4.00am. Dalam tido siap mimpi bunga rose yang Intan buat gugur.. Aduh! sedihnya masa dlm mimpi tu..

Inilah rose yg Intan mimpi gugur tu..hehe

Kek coklat utk emak ayah Intan

Jadi, ini lah hasil kerja tangan Intan khas untuk emak ayah Intan yang Intan panggil "ABAH" & "MAMA". . Semoga kebahagiaan mereka akan terus berkekalan hingga ke hujung nyawa dan akhirnya membawa ke SYURGA..
Ada lebih adunan kek, Intan buat cupcake..


Kepada sifu2 Intan.. Terima kasih di atas tunjuk ajar akak2.. Kerana tunjuk
ajar itulah, Intan berjaya menghasilkan kek utk emak ayah Intan walaupun tidak secantik kek org lain.. Sekurang2nya, Intan merasa puas hati kerana berbaloi juga rasa tidak putus asa Intan tu.. Jasa sifu2 Intan, hanya Allah yg dpt membalas..Terima kasih sekali lagi..

Cup Cake & Muffin Pisang

Semalam Intan saje buat cupcake lagi.. Bukan apa, saje nak test buat rose dgn nozzle yg baru Intan beli.. Mencabar juga nak buat rose ni.. Lebih2 lagi bagi Intan yg baru berjinak2 dgn BC.. Sifu2 Intan semuanya di alam cyber.. Jadi, inilah hasil rose pertama yg Intan buat guna BC.. :girl_9:

Inilah cupcake yg dihias dgn rose-percubaan pertama

Anak Intan yg tak tau betapa cantiknya rose orang lain.. Dia kata "Wah!cantiknya bunga ibu buat".. Sekurang2nya itulah kata2 perangsang bg Intan utk meng'improve'kan lagi skill membuat rose..


SL..apa komen SL? Kat mane salahnya ekk? Intan rasa kekok semacam je guna nozzle tu. Agaknya nozzle yg Intan guna tu khas utk org kidal kott.. hehehe (tangan yg keras, nak salahkan nozzle pulak).. :girl_8:

Takpe la ekk, percubaan demi percubaan dari Intan.. Selagi belum berputus asa, Intan akan terus mencuba..:girl_14:


Ini pula adalah muffin pisang yang Intan buat beberapa hari yg lepas. Masa tu, dah snap tapi tak sempat nak masukkan kat sini.. Jadi, masukkan ajelah saing dgn cup cake ni. Sedap muffin pisang ni. Resepi Intan ambik kat umah Kak Jun Yummylicious.. Nak resepi muffin ni, silalah ke umah Kak Jun ehhh..


Perhatian: kepada sesiapa yg tak biasa dtg sini, jgn la boring tgk deco yg tak cantik..sbb Intan cuma nak masukkan segala memori dlm blog Intan sendiri..Untuk kenang-kenangan..

Tag Yang Funny

Pyzam Family Sticker Toy

Kali ni dapat tag yang funny dari Kak Jun.. Ingatkan nak tangguh jwb tag ni..Tapi, bukak2 je pyzam.com ...mcm menarik je..so, Intan terus try buat.. taraaa, inilah hasilnya Kak Jun.. :girl_4:

Sorry ya Liana sbb tag Liana akak belum jawab tapi tag dari Kak Jun yg dtg kemudian akak terus jawab.. Entah ekk, agaknya sbb tag ni mcm menarik minat Intan jek.. Terhibur sikit...kuang,kuang,kuang

:girl_15:

Nanti akak jawab tag dari Liana pulak ya..Jangan marah.. Harap Kak Jun berpuas hati dgn jawapan tag ini..

Rasanya macam nak sambungkan tag ni juga la..best juga tgk ahli keluarga kawan2 yang lain..Kawan2 yang bertuah ialah:

1)Akak
2)Izan
3)Alin
4)Mocci
5)Blogmenjerit

Harap kawan2 tak marah ya..Saje utk suka2. Kalau tak nak jwb pun takpe.. Untuk menjawab tag ni, anda dikehendaki pergi ke pyzam.com ..

Butter Cake

Kek lagi.. :girl_9: .. Sebenarnya sekarang ni Intan tengah bersemangat buat kek dan mendeconya. Tapi deco Intan ni tak la sehebat org2 lain..Org lain tangan mereka dah lembut dan biasa mendeco. Tangan Intan ni masih keras dan kaku..Baru beberapa minggu belajar mendeco..:girl_8:


Petang tadi Intan buat Butter Cake.. Resepi asalnya ialah Choc Butter Cake yang Intan ambik kat umah SL. Tapi Intan ubah sikit.. Intan tak masukkan koko.. Jadilah ia Butter Cake.:girl_4:.


Bila dah masukkan dlm loyang, ada lebih lagi...so, jadilah cup cake sikit.. Anak2 Intan suka.. Alhamdulillah... Intan suka tengok mereka makan..:girl_15:


Tapi, buttercream tak banyak..Stok bahan2 dah tinggal sikit je kat rumah ni.. So, sikit je buttercream yg dapat dihasilkan.. Jadi, deconya tak nmpak padat.. Anyaman bakul pun nampak ternganga je.. Last2, dapat idea tulis guna coklat.. Intan pun cairkan coklat dan mulalah menambah apa yg patut..

Inilah hasilnya...Salam sayang buat semua..

Takpe la, percubaan demi percubaan dari Intan.. Insya Allah, usaha yg akan diteruskan..:girl_15:

Mencuba Ikon Senyuman

Kali ini Intan tiada topik yang menarik ingin dikongsi bersama.. Cuma nak bagitau sikit, siang tadi Intan ada buat kek gula hangus.. Menjadi.. Ni kira kali ke 2 Intan buat kek gula hangus.:girl_4:
Cuma malas nak ambik gambar.. Jadi, takde gambar..takde la resepi.. :girl_12:


Sebenarnya, kali ni Intan ingin mencuba ikon senyuman Girls yang Intan perolehi di blogmenjerit. Thanks blogmenjerit sbb menjadikan blog Intan menarik sikit dengan adanya girls yang comel2 ni..

Creator asal ikon senyuman ini ialah Siti Rufaidah.. Kat sana pun ada macam2 ikon senyuman..

Sape2 yang ingin menambahkan ikon senyuman dengan pelbagai versi, silalah ke blogmenjerit ataupun Siti Rufaidah ya.. Kat sana, macam2 ada..:girl_4:

Award From Akak



Terima kasih banyak2 kat Akak sebab sudi bagi Intan award ni.. Intan rasa sebenarnya masih belum layak utk terima award ni memandangkan Intan jarang mengupdate blog.. Biasalah, sentiasa bz dgn anak2 yg membesar..

Apa pun, Intan rasa terharu dgn penganugerahan ini.. Terima kasih kat Akak sekali lagi sebab ingat kat Intan..

(cewah! iya2 punya dialog la..macam gi naik atas pentas je ambik award)

Mula2 tu Intan rasa malu juga nak pamerkan gambar cup cake yg paling hodoh di dunia ni.. Tapi, utk mendapatkan maklum balas dari para2 sifu di luar sana terutama sekali sifu yg Intan hormati Kak Jun Yummylicious...Maka, dengan rasa bangganya Intan mempamerkan gambar cup cake buatan Intan utk tatapan umum..

Biasalah ya, org belajar tanpa tok guru di depan mata..Lebih2 lagi, sebelum ni Intan memang tak kenal krimwell, shortening atau apa2 yg sewaktu dengannya.. Kira baru nak start main2 dgn benda2 tu la ni.. hehehe.. Jadi, inilah hasilnya.. Ingatkan buat cup cake akan bagi Intan lebih idea.. Rupa2nya Intan kekeringan idea masa tu.

Beberapa cup cake yg berani Intan pamerkan.. hehehe

Ditambah pula dengan anak2 yg menangis.. Tak taulah apa yg tak kena kat mereka.. Agaknya mereka mengantuk masa tu.. Salah Intan juga.. Buat deco time anak2 masih berjaga.. Jadi, mmg deco pun jadi huru-hara kalau buat dalam keadaan tension dan kelam-kabut..

Apa pun, percubaan kali ini tidak akan melemahkan semangat Intan.. Semakin membara nampaknya semangat nak mendeco ni.. Harap2 lepas ni, adalah sape2 kat luar sana sudi berkongsi pengalaman dalam bab mendeco kek dan cup cake..

Dah lama rasanya tak update blog ni..Mesti ramai yang boring, bukak2 ...asyik2 jersey MU.. hehehe.. sekali-sekala je..bukan selalu pun promote jersey. Dah terlanjur promote tu, biar lama2 sikit.

Oklah, kita tinggalkan cerita jersey.. Intan cuma nak abadikan gambar kek yang Intan buat siang tadi ke dalam blog ni. Bagi sesetengah pihak, memang la kek ni tak cantik langsung. Tapi, bagi Intan yang baru setahun jagung berjinak2 dengan butter cream, kek ni lah pemberi semangat untuk Intan agar terus belajar dan try n error.. Intan tak pernah mengikuti apa2 kursus buat kek atau kursus mendeco. Tapi, belajar sendiri melalui blog2 sifu Intan serta dari email dan sms Kak Jun Yummylicious.

Sori, gambar tak jelas..blur gitu


Kek ni choc butter cake..Resepi Intan ambik kat blog SL.. Resepi butter cream pulak Intan ambik kat blog Kak Jun Yummylicious.. Resepi Intan tak berani nak tempek sbb masih dlm tahap pembelajaran..hehehe


Ni je gambar yg sempat di snap.

Lepas ni akan lebih berkobar2 lah semangat Intan nak main2 dgn butter cream.. Thanks Kak Jun atas tunjuk ajar yg diberikan..Terima kasih juga kat SL. Tapi Intan belum berani buat ros laa.. hehehe.. Akan diusahakan juga..

Lelong Jersey

Buat semua peminat bolasepak Euro dan seangkatan dengannya...


Kali ini Intan mewakili adik Intan ingin melelong jersi miliknya. Jersi ini adalah jersi Manchester United. Bernombor 11 iaitu no milik Giggs dan telah ditandatangani oleh Giggs sendiri. Tandatangan original Giggs itu terdapat di angka 11.. Jersey original dan free saiz..


Sesiapa yang ingin memiliki jersi ini bolehlah meninggalkan komen atau menghubungi Intan sendiri dengan menghantar email di intansabreena@yahoo.com .

Jersi ini dibuka dengan harga RM500 disebabkan telah ada yg ingin memilikinya dengan harga yg tersebut. Jika ada yg menawarkan harga yang lebih tinggi, maka jersi i
ni akan menjadi milik anda.

Jika t
iada, jersi ini akan menjadi milik seorang brother di luar sana yg memang menunggu masa utk memilikinya..

Selamat Membida

Alhamdulillah, selesai sudah majlis yang keluarga Intan nantikan iaitu majlis kenduri sambut menantu aka majlis kenduri kahwin pada hari Sabtu (28 Jun 2008) lepas.. Maaflah sebab Intan tidak menjemput sesiapa pun disebabkan majlis ini dibuat secara kecil-kecilan. Menantu emak Intan kali ni datang dari seberang. Memang seberang laut tapi masih Malaysia iaitu dari Sarawak.

Adik Intan lelaki. Duit simpanan dia kebanyakkannya
dah digunakan sebagai duit hantaran. Selebihnya dah digunakan buat tambang pergi balik ke Sarawak. Jadi, duit untuk kenduri cuma tinggal sikit je. Nasib baiklah emak ayah Intan tolong. Kalau tidak, mesti cuma kenduri doa selamat je yang dapat kami buat.

Walaupun kad jemputan cuma sikit dan kami bayangkan sikit je jemputan yang datang. Sangkaan kami benar2 meleset. Terlalu ramai orang yg datang. Memang tak terlayan. Ishhh, betul2 Intan tak sangka orang seramai itu.. Sampai makanan pun tak cukup.. Nasib baik ada pelbagai jenis pilihan makanan. Bila nasi minyak dah habis, tetamu pilih nasi putih dan nasi empit. Sesiapa yang datang lewat petang dapatlah makan nasi minyak sebab dimasak lagi. Bubur kacang pun tak cukup seperiuk. Petang tu kena masak lagi..

Mungkin disebabkan takde jemputan lain, maka ramailah yang datang ke rumah kami waktu tu. Lagipun adik Intan ni ramai kawan. Emak Intan pun ramai kawan. Lagipun ramai yang dijemput tanpa kad aka jemput mulut.. Pendek kata memang penat giler Intan waktu tu. Maklum la, dalam adik-beradik..Intan sorang je perempuan. Bayangkanlah kesibukan Intan waktu tu. Layan tetamu lagi..layan itu ini.. nak pastikan pihak perempuan puas hati.. Tu pun Intan rasa mmg tak dpt nak pastikan mereka puas hati.. Sampaikan Intan tak nmpak anak2 Intan.. Cuma Intan tahu yg sulong dan nombor 2 tu ada main2 kat rumah sebelah..Baby Shahir pulak ada terbaring kat dalam rumah emak. Memang ramai peminat baby Shahir waktu tu. Shahir kan suka tersenyum.. Sentiasa murah dengan senyuman dia. Berebut2 lah orang nak pegang dia..












Gambar pengantin pun Intan tak dapat nak snap banyak2.. Sikit je gambar yang dapat di snap. Intan ingatkan ada adik2 Intan yang lain tukang snap gambar.. Rupanya masing2 sibuk dgn tugas masing2. Yang sorang tu pulak sibuk dgn video camera.



Apapun, Intan benar2 bersyukur kepada Allah sebab semuanya sudah selesai. Lepas majlis tu, faham2 ajelah..penat tak terkata.. Projek mengemas pulak. Adoooiii... Smpai sekarang pun Intan rasa masih penat lagi. Masih ada saki-baki penat tu..


Sekali lagi Intan mohon maaf kepada rakan2 blogger yang tinggal di JB yang tak dapat Intan jemput..Insya Allah, lepas ni kalau ada kenduri kahwin lagi Intan akan jemput.. Mintak2 masa tu adik2 Intan yg lain tak pilih yg jauh2.. Jadi, duitnya tak habis kat duit minyak atau duit tambang.. Boleh salurkan ke dalam akaun majlis kenduri. Masa tu, dapatlah buat besar2 sikit..Ada 3 orang adik Intan yang masih belum berkahwin. Semuanya lelaki..(hehehe, promote pulak).. Insya ALLAH..

Tuan Rumah Dah Kembali

Alhamdulillah...akhirnya Intan kembali semula ke dunia internet. Rindu rasanya pada dunia internet ni..Lebih kurang seminggu Intan tak dapat beronline. Tapi, walau bagaimanapun Intan masih belum boleh aktif lagi sebab banyak perkara yang perlu dibereskan.. Maklumlah, baru selesai kenduri..rumah pun jadi huru-hara..(hehehe)

Bila kembali ke dunia internet ni, Intan dapati banyak juga perubahan berlaku dalam masa seminggu lebih ni. Ada rakan2 yang telah berpindah rumah (maksud Intan yg telah meninggalkan blogger dan berpindah ke wordpress). Membeli domain sendiri. Ada pulak yang menyepi dari dunia berblogging. Apa pun, Intan harap agar semuanya gembira dan ceria selalu..

Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran