zwani.com myspace graphic comments

Majlis Kenduri Sambut Menantu

Alhamdulillah, selesai sudah majlis yang keluarga Intan nantikan iaitu majlis kenduri sambut menantu aka majlis kenduri kahwin pada hari Sabtu (28 Jun 2008) lepas.. Maaflah sebab Intan tidak menjemput sesiapa pun disebabkan majlis ini dibuat secara kecil-kecilan. Menantu emak Intan kali ni datang dari seberang. Memang seberang laut tapi masih Malaysia iaitu dari Sarawak.

Adik Intan lelaki. Duit simpanan dia kebanyakkannya
dah digunakan sebagai duit hantaran. Selebihnya dah digunakan buat tambang pergi balik ke Sarawak. Jadi, duit untuk kenduri cuma tinggal sikit je. Nasib baiklah emak ayah Intan tolong. Kalau tidak, mesti cuma kenduri doa selamat je yang dapat kami buat.

Walaupun kad jemputan cuma sikit dan kami bayangkan sikit je jemputan yang datang. Sangkaan kami benar2 meleset. Terlalu ramai orang yg datang. Memang tak terlayan. Ishhh, betul2 Intan tak sangka orang seramai itu.. Sampai makanan pun tak cukup.. Nasib baik ada pelbagai jenis pilihan makanan. Bila nasi minyak dah habis, tetamu pilih nasi putih dan nasi empit. Sesiapa yang datang lewat petang dapatlah makan nasi minyak sebab dimasak lagi. Bubur kacang pun tak cukup seperiuk. Petang tu kena masak lagi..

Mungkin disebabkan takde jemputan lain, maka ramailah yang datang ke rumah kami waktu tu. Lagipun adik Intan ni ramai kawan. Emak Intan pun ramai kawan. Lagipun ramai yang dijemput tanpa kad aka jemput mulut.. Pendek kata memang penat giler Intan waktu tu. Maklum la, dalam adik-beradik..Intan sorang je perempuan. Bayangkanlah kesibukan Intan waktu tu. Layan tetamu lagi..layan itu ini.. nak pastikan pihak perempuan puas hati.. Tu pun Intan rasa mmg tak dpt nak pastikan mereka puas hati.. Sampaikan Intan tak nmpak anak2 Intan.. Cuma Intan tahu yg sulong dan nombor 2 tu ada main2 kat rumah sebelah..Baby Shahir pulak ada terbaring kat dalam rumah emak. Memang ramai peminat baby Shahir waktu tu. Shahir kan suka tersenyum.. Sentiasa murah dengan senyuman dia. Berebut2 lah orang nak pegang dia..












Gambar pengantin pun Intan tak dapat nak snap banyak2.. Sikit je gambar yang dapat di snap. Intan ingatkan ada adik2 Intan yang lain tukang snap gambar.. Rupanya masing2 sibuk dgn tugas masing2. Yang sorang tu pulak sibuk dgn video camera.



Apapun, Intan benar2 bersyukur kepada Allah sebab semuanya sudah selesai. Lepas majlis tu, faham2 ajelah..penat tak terkata.. Projek mengemas pulak. Adoooiii... Smpai sekarang pun Intan rasa masih penat lagi. Masih ada saki-baki penat tu..


Sekali lagi Intan mohon maaf kepada rakan2 blogger yang tinggal di JB yang tak dapat Intan jemput..Insya Allah, lepas ni kalau ada kenduri kahwin lagi Intan akan jemput.. Mintak2 masa tu adik2 Intan yg lain tak pilih yg jauh2.. Jadi, duitnya tak habis kat duit minyak atau duit tambang.. Boleh salurkan ke dalam akaun majlis kenduri. Masa tu, dapatlah buat besar2 sikit..Ada 3 orang adik Intan yang masih belum berkahwin. Semuanya lelaki..(hehehe, promote pulak).. Insya ALLAH..

5 comments:

This is a nice blog. I like it!

July 3, 2008 at 5:53 PM  

Kak intan Sekeluarga, bile saya tengok gambar adik akak kawin ni... rase gugup dan cuak saye pon tetiber datang balik dengan sendirinya...

Kekeke... maklum laa nak melepaskan peristiwa besok lusa ni. Hopefully semuanya berjalan lancar.

Saye pon agaknya kenduri sebelah menyambut menantu tak buat besar mane laa... ala kadar jer. Tapi kalau abah saya nak sponser... kecik tapak tangan lori saya tadahkan.. wakaka.

Ucapan Selamat Pengantin Baru utk adik akak Saiful & Ana.

Kreuger®

July 3, 2008 at 10:22 PM  

re Kreuger:

Salam Azman..tenangkan hati, jgn cuak2.. biasalah tu.. Sbb Azman belum jumpa dan kenal bakal mertua tu. Setiap lelaki yg berniat ikhlas, akak rasa akan mengalami perasaan yg sama.

Akak harap semuanya akan berjalan lancar nnti ya.. Anggap ianya adalah majlis suai kenal antara Azman dan bakal mertua.. Insya ALLAH, semuanya akan lancar.

July 3, 2008 at 11:50 PM  

salam..apa kabar...lama tak berblog, fully occupied la kan dah balik msia...byk kerja nak kena siapkan sebelom balik ke OZ. Harap sihat semuanya

July 6, 2008 at 3:54 PM  

wah wah wahhh... sgt meriahnye... samat pengantin baru diucapkan... nice foto... shahir penat sgt tuh... lena je dia yek...

July 8, 2008 at 9:34 PM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran