zwani.com myspace graphic comments

Petua Redakan Senggugut

Sengugut kerap dialami wanita ketika kedatangan haid. Peringkat ringan sengugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar haid yang tidak menentu. Sengugut yang dialami pada zaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin. Namun sesetengah kes, ia berpotensi menjadi lebih serius.

Sengugut yang sudah sampai ke tahap kronik akan berlarutan hingga mendatangkan masalah lain seperti kemandulan. Apakah yang menyebabkan sengugut berlaku? Pengeluaran sejenis bahan, iaitu prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugut. Otot rahim akan mengecut (contraction) dengan lebih cepat.

Sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan senggugut. Antaranya ialah jangkitan kuman, ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid. Pengeluaran hormon yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain y ang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan. Selain itu, kitar haid yang tidak teratur disebabkan oleh tubuh yang terlalu kurus atau terlalu gemuk juga boleh mendatangkan senggugut.


Teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan sengugut. Teh ini diminum segelas ketika sakit sengugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya. Buah petola yang biasa di tanam di kampun-kampung juga dipercayai dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid. Ada pula yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam seminggu sebelum kedatangan haid.


Semoga kita semua sihat walaupun dalam keadaan uzur (tidak sihat)..


Sumber dipetik daripada majalah RAPI November 04

Ramai yang tidak boleh menolak makanan ringan atau 'junk food' walaupun tahu bahawa makanan tersebut merugikan kesihatan. Para pengkaji dari Universiti Rockfeller di New York mendapati bahawa makanan ringan boleh menyebabkan ketagihan yang lebih teruk berbanding dengan makanan berlemak. Ini kerana makanan ringan menjadikan anda bertindak melawan hormon leptin iaitu hormon yang memberi tanda rasa kenyang. Dalam erti kata lain, makanan ringan boleh menyebabkan ketagihan seperti rokok atau heroin.

Pengambilan setiap hari makanan ringan menjadikan tubuh mengeluarkan gelanin, iaitu sebatian otak yang merangsang untuk makan secara berlebihan. Kesimpulan ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan para sarjana dari Universiti Sussex, di England. Berdasarkan kepada kajian mereka, makanan tinggi lemak seperti makanan ringan dapat menimbulkan sebatian kimia keseronokan yang ada di dalam otak. Ini membuatkan anda ingin makan dan makan lagi 'junk food'.

Sumber dipetik dari majalah RAPI November 04

Tadi (Selasa..27 Mei), sempat curi-curi masa buat kek coklat kukus. Ada baby ni masa agak terhad. Baby sentiasa menangis nakkan perhatian. Bila kita jauh je, mesti menangis.. Bila dekat, terus diam.. Tapi bila anak2 tidur sekejap tadi, dapatlah buat kek coklat kukus yang dah sekian lama Intan simpan hajat nak buat tu.. Resepinya Intan dapat daripada seorang blogger yang tinggal di JB.. Azura.. Dia dapat pun kat member2 bloggernya. Erm.. memang sedap.. Senang pun senang..



Kek Coklat Kukus

1 1/2 biji butter (250gm + 125gm)
2 cawan gula halus

1 tin susu cair

4 biji telur

2 cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh esen vanilla



CARA_CARANYA:

CAIRKAN BUTTER DLM PERIUK, KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR, ESEN VANILLA DAN GULA, KACAU PERLAHAN HINGGA SEMUA HANCUR DAN SEBATI. kEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN ADUNAN SUAM. SELEPAS ITU MASUK TELUR YG TELAH DIPUKUL DAHULU KEDALAM ADUNAN. SATUKAN DAN AYAK TEPUNG, KOKO, BAKING POWDER DAN SODA BIKARBONAT, KEMUDIAN CAMPURKAN SEMUA BAHAN KERING KEDALAM ADUNAN TADI. KACAU SEBATI HINGGA RATA KEMUDIAN KUKUS SELAMA 1 1/2 JAM.


(ACUAN HENDAKLAH DI SAPU MINYAK KEMUDIAN DI LAPIK DENGAN KERTAS MINYAK SUPAYA SENANG UNTUK DIKELUARKAN KEK DARI ACUAN NANTI. DAN JUGA TUTUP PERMUKAAN ACUAN KEK DENGAN FOIL PAPER SUPAYA AIR KUKUSAN TIDAK JATUH KE ATAS KEK.)


p/s utk kelat:

KELAT..nak pos kek coklat ni ke Ipoh mcm tak berbaloi pulak..apa kata kelat test buat..senang je kelat..mesti lps tu kelat nak buat lagi.

Maaf ya Kelat, buat masa ni Kelat tengok dari jauh je..lain kali Insya Allah, Intan akan buat lebih sikit..utk di pos ke Ipoh..

Selain keperluan untuk kesihatan tubuh, air juga memberi manfaat yang besar kepada kecantikan. Banyak khasiat air yang boleh dikaitkan dengan kecantikan kulit. Antaranya:
  1. Air putih yang diminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari baik untuk kecantikan kulit. Air yang mencukupi membuatkan kulit sentiasa lembap dan muda
  2. Air yang dikisar bersama-sama buah (untuk dijadikan jus) sangat baik untuk sistem pencernaan, melembapkan kulit dan menjaga kesihatan mata
  3. Air yang mencukupi juga sangat bagus untuk melebat dan menyihatkan akar rambut
  4. Kulit dan kuku kaki yang letih dan 'stress' boleh dilegakan. Cuma, rendamkan kaki ke dalam sebaldi air suam dan perahkan sedikit hirisan limau nipis ke dalamnya. Rendamkan kaki selama 15 minit. Amalkan dalam seminggu sekali dan anda akan mendapati keadaan kaki anda lebih cantik dan halus
  5. Di spa juga, banyak disediakan khidmat mandian yang pelbagai. Antaranya mandi lulur, mandi susu, mandi lumpur dan mandi bunga. Semua ini tidak lain adalah untuk memastikan kecantikan kulit yang berpanjangan

Sumber dipetik daripada majalah RAPI November 04


Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau tetapi kebersihannya masih diragui. Rasa bimbang itu kadang2 membuatkan kita menghabiskan masa yang lama untuk mencuci sayuran dan pastinya menggunakan air yang banyak. Di situ, pembaziran air mungkin berlaku..

Jadi, untuk mengikuti cara mudah mencuci sayuran ataupun ulaman tanpa membazirkan air ialah bersihkan sayur atau ulaman sepintas lalu...kemudian rendamkannya ke dalam bekas yang berisi sedikit garam dan cuka.. Biarkan beberapa minit. Setelah itu, kita bilaskan sayuran itu sekali lagi dan sayur itu sedia untuk di masak atau di makan.

Menurut Dr. James Stewart pakar Neuropsikiatri, tidur bukan sekadar merehatkan tubuh tetapi juga otak. Serebral korteks iaitu bahagian utama otak utama atau fungsi mental tertinggi yang digunakan untuk mengingat, membayangkan, menilai dan memberikan alasan, merupakan organ penting yang harus mendapat prioriti tinggi untuk direhatkan.

Pengkaji pernah meneliti hubungan otot dan otak atau fikiran ketika manusia tidur. Mereka menemui bahawa pada saat tidur, fikiran dan otot-otot saling merangsang antara satu sama lain. Ketegangan otot menyebabkan korteks (lapisan luar otak yang berwarna kelabu) terus aktif, sedangkan ketegangan otak menyebabkan otot terus aktif. Rasa penat akan mengurangkan gerak kerja otot, begitu juga ketika berehat.

Aktiviti korteks yang menurun akan menyebabkan otot-otot semakin relaks. Ketika tidur, jantung berdetak lebih lambat, tekanan darah menurun, pembuluh darah melebar dan suhu badan juga menurun sekitar 0.5 darjah Fahrenheit, tetapi perut dan usus tetap bekerja.

Ketika tidur, tubuh sesekali akan bergerak. Gerakan sebanyak 20-40 kali masih dianggap normal. Lebih dari itu menunjukkan seseorang itu sedang mengalami gangguan. Gangguan muncul akibat kurang tarikan antara minda dan otot. Fikiran akan sukar tertidur bila otot masih tegang. Jadi, untuk mendapatkan tubuh dan minda yang sihat secara menyeluruh, dapatkan tidur yang berkualiti..


Sumber dipetik daripada majalah RAPI keluaran Januari 05

Kerana Terlupa

Macam biasa..lepas selesai masak dan selesaikan anak-anak, Intan pun online..

Tengah syok2 online, tup2 perut terasa lapar.. Intan ni kalau tak lapar, malas nak makan.. Jadi, kerana dah teramat lapar...terus tinggalkan pc dan ke dapur untuk makan. Ambik pinggan ambik senduk nasi dan bila bukak rice cooker... ALAMAKKKK!!! Intan terlupa tekan punat "cook rice" kat rice cooker tu.. betapalah sedihnya..

Dengan perasaan hampa, terus Intan tekan punat on tu.. Mata pun terpandanglah pisang yang dah teramat masak tu... Apa lagi, KERANA TERLUPA tekan suis on tu..berkobar-kobarlah Intan nak buat jemput2 pisang. Dah lama juga tak pekena jemput2 pisang ni.. Memang best makan jemput2 pisang panas.. Tambah lagi perut tengah keroncong dan berdondang-sayang.

Intan pun tak tunggu apa, terus buat jemput2 pisang sementara nak tunggu na
si masak. Nasi belum selesai masak..jemput2 pisang Intan dah pun siap.

Apa lagi, Intan terus m
akanlah. Tunggu nasi lambat sangat..Anak2 Intan pun memang suka jemput2 pisang ni. Lebih2 lagi Saufi.. Banyak mana pun jemput2 pisang tu dia boleh habiskan..

JEMPUT..JEMPUT..

Inilah jemput2 pisang yang terhasil dek kerana terlupa menekan punat cook kat rice cooker







Membaca Amalan Yang Mulia

worm reading

Ulat pun suka membaca...apa lagi kite..

Mesti rajin membaca.. Biar jadi macam ulat buku, jangan jadi macam katak di bawah tempurung.. Jangan jadi ulat bulu sudahlahhh..

Kalau rajin membaca memang tak terhingga faedahnya. Pelbagai ilmu yang akan kita perolehi.. Tapi elakkanlah membaca benda2 yang tak berfaedah pulak.

Sesat mencari rumah Kak Uda,
Sesat kerana malu bertanya,
Banyak membaca tambah ilmu di dada,
Ilmu itu banyak faedahnya.


RENUNGKANLAH


Kek Oren Khas Utk Ibuku

Sebenarnya kek oren ni Intan buat sempena hari ibu haritu.. Tapi tak sempat nak masukkan dalam blog sebab kamera Intan dipinjam oleh adik.. Adik Intan bawak kamera pegi Sarawak.. Masa emak Intan potong kek kebetulan adik Intan ada juga..Dapatlah snap gambar kek.. Pastu dia bawak balik kamera tu sebab dia tak puas lagi tengok gambar2 majlis perkahwinan abangnya tu..

Hari ni baru kamera ni pulang kepangkuan Intan.. Jadi, barulah boleh masukkan dalam blog gambar kek oren yang Intan buat khas untuk emak Intan..Memandangkan emak Intan memang suka sangat dengan buah oren. Kalau beli coklat atau air mesti nak cari yang perisa oren. Jadi Intan rasa memang sesuailah kalau buat kek oren untuknya. Macam biasalah, kalau nak resepi..silalah ke blog Kak Jun Yummylicious. Kat sana macam2 resepi ada..

Intan rasa gembira sangat sebab dapat hadiahkan kek buatan sendiri untuk emak Intan sempena hari ibu kali ni. Selalu bagi hadiah beli aje. Kali ni buat kek.. Maklumlah tengah semangat belajar buat kek ni..

Inilah kek oren yang telah dihias simple.. Bab menghias ni mmg masih zero lagi..(dalam tahap pembelajaran)

Memandangkan baby Shahir baru berusia 2 bulan lebih, Intan ingin berkongsi maklumat yang Intan petik daripada beberapa artikel mengenai perkembangan dan pencapaian bayi berusia 2 bulan...
  • Matanya akan mengekori objek yang bergerak
  • Mula membalas senyuman dan pandai senyum apabila di agah. Walaupun dia masih tidak tahu bercakap, ini merupakan salah satu isyarat yang bayi sedang belajar untuk berkomunikasi.
  • Mengenali wajah ibunya dan orang-orang yang biasa berada di sekelilingnya.
  • Pandai menggeliat
  • Boleh mengangkat kepalanya pada 45 darjah selama beberapa minit.
  • Bayi akan membuka dan menggenggam tangannya sesuka hati.
  • Menghabiskan masa meneliti bagaimana rupa parasnya, menyelami perasaannya sendiri dan meneroka pergerakannya.
  • Memberi reaksi terhadap bunyi bising (contohnya terkejut, menangis)
Picture Captions



Hari ni Sabtu (10hb Mei 2008)..adik Intan akan mengakhiri zaman solonya bersama wanita pilihannya.. Wanita pilihannya datang dari jauh di Sarawak.. Tapi mereka berkenalan bukan di Sarawak.. Mereka berkenalan di JB je.. Sama2 mengajar di sekolah yang sama..

Mereka akan di ijab kabulkan petang nanti.. Intan, suami dan anak2 tidak mengikuti rombongan ke sana di atas sebab2 yang tidak dapat di elakkan..

Semoga pilihan adik Intan adalah pilihan yang tepat untuknya.. Semoga mereka akan berbahagia bersama sehingga ke akhir hayat..

Macam2 kata nasihat dari seorang kakak sebenarnya ni..tapi kata2 nasihat tu biar Intan bgtau dia sendiri nanti..Tunggu dia balik ke JB Isnin nii..

"SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAIFUL DAN INA"

Privacy Policy

We respect your privacy and we are committed to safeguarding your privacy while online at our site http://ibu-ayah-xtvt.blogspot.com . The following discloses the information gathering and dissemination practices for this Web site.

Log Files
Like most standard Web site servers we use log files. This includes internet protocol (IP) addresses, browser type, internet service provider (ISP), referring/exit pages, platform type, date/time stamp, and number of clicks to analyze trends, administer the site, track user’s movement in the aggregate, and gather broad demographic information for aggregate use. IP addresses, etc. are not linked to personally identifiable information.

Newsletter
If a user wishes to subscribe to our newsletter (powered by Feedburner), we ask for contact information such as name and email address. Out of respect for our users privacy we provide a way to opt-out of these communications.

Cookies
A cookie is a piece of data stored on the user’s computer tied to information about the user. Our site don’t use cookies. However, Some of our business partners use cookies on our site (for example, advertisers). However, we have no access to or control over these cookies, once we have given permission for them to set cookies for advertising.

Links
This Web site contains links to other sites. Please be aware that we are not responsible for the privacy practices of such other sites. We encourage our users to be aware when they leave our site and to read the privacy statements of each and every Web site that collects personally identifiable information. This privacy statement applies solely to information collected by this Web site.

Advertisers
We use outside ad companies to display ads on our site. These ads may contain cookies and are collected by our ad companies, and we do not have access to this information. We work with the ad companies: Google Adsense, Axill etc. Please check their websites for respective privacy policies.

Contact Information
If users have any questions or suggestions regarding our privacy policy, please contact us at: fitrieddie@yahoo.com.sg or intansabreena@yahoo.com


Sewaktu umur Shahir mencecah 2 bulan, kami sekeluarga telah pulang ke rumah nenek Shahir di Ampang, Selangor.. sbb dah lama tak pulang ke sana.. Lagipun memang kami plan nak celebrate birthday abg Shahir (Shafiq) di sana..


Dalam perjalanan sewaktu di Highway Utara Selatan, sempat juga snap gambar Shahir.. Shahir kurang tidur waktu tu.. Agaknya dia excited kot.. Maklumlah pertama kali dia berjalan jauh utk pulang ke rumah neneknya..

Kek Oren

Alhamdulillah...tercapai juga hajat nak buat dan nak makan kek oren.. Selalu makan kek coklat je, dah muak rasanya. Kali ni nak makan kek oren pulak..Resepinya Intan dapat drpd tok guru Intan iaitu Kak Jun.. Sebenarnya Intan buat kek ni minggu lepas. Baru skrg sempat masukkan dlm blog..Rasa kek ni mmg sedap.. Terima kasih banyak2 tok guru.. Selamat Menjamu Mata..


Decoration mmg tak cantikk sebab INTAN NI BARU BELAJAR..

HARAP MAKLUM

Newer Posts Older Posts Home

Read The Quran