Selain keperluan untuk kesihatan tubuh, air juga memberi manfaat yang besar kepada kecantikan. Banyak khasiat air yang boleh dikaitkan dengan kecantikan kulit. Antaranya:
- Air putih yang diminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari baik untuk kecantikan kulit. Air yang mencukupi membuatkan kulit sentiasa lembap dan muda
- Air yang dikisar bersama-sama buah (untuk dijadikan jus) sangat baik untuk sistem pencernaan, melembapkan kulit dan menjaga kesihatan mata
- Air yang mencukupi juga sangat bagus untuk melebat dan menyihatkan akar rambut
- Kulit dan kuku kaki yang letih dan 'stress' boleh dilegakan. Cuma, rendamkan kaki ke dalam sebaldi air suam dan perahkan sedikit hirisan limau nipis ke dalamnya. Rendamkan kaki selama 15 minit. Amalkan dalam seminggu sekali dan anda akan mendapati keadaan kaki anda lebih cantik dan halus
- Di spa juga, banyak disediakan khidmat mandian yang pelbagai. Antaranya mandi lulur, mandi susu, mandi lumpur dan mandi bunga. Semua ini tidak lain adalah untuk memastikan kecantikan kulit yang berpanjangan
Sumber dipetik daripada majalah RAPI November 04
air mmg berguna utk kita.. kalau tak der air kita pun tak buang air.. he he
Kasawari said...
June 1, 2008 at 12:26 PM
re kasawari:
iyalah tu..ke situ pulak dia..wanita yg mengandung kena byk minum air..cakap dgn Linda ya..kalau mengandung, kena byk minum air utk kesihatan baby..
intansabreena said...
June 2, 2008 at 6:44 AM