zwani.com myspace graphic comments

Tidur Sihatkan Tubuh Dan Otak

Menurut Dr. James Stewart pakar Neuropsikiatri, tidur bukan sekadar merehatkan tubuh tetapi juga otak. Serebral korteks iaitu bahagian utama otak utama atau fungsi mental tertinggi yang digunakan untuk mengingat, membayangkan, menilai dan memberikan alasan, merupakan organ penting yang harus mendapat prioriti tinggi untuk direhatkan.

Pengkaji pernah meneliti hubungan otot dan otak atau fikiran ketika manusia tidur. Mereka menemui bahawa pada saat tidur, fikiran dan otot-otot saling merangsang antara satu sama lain. Ketegangan otot menyebabkan korteks (lapisan luar otak yang berwarna kelabu) terus aktif, sedangkan ketegangan otak menyebabkan otot terus aktif. Rasa penat akan mengurangkan gerak kerja otot, begitu juga ketika berehat.

Aktiviti korteks yang menurun akan menyebabkan otot-otot semakin relaks. Ketika tidur, jantung berdetak lebih lambat, tekanan darah menurun, pembuluh darah melebar dan suhu badan juga menurun sekitar 0.5 darjah Fahrenheit, tetapi perut dan usus tetap bekerja.

Ketika tidur, tubuh sesekali akan bergerak. Gerakan sebanyak 20-40 kali masih dianggap normal. Lebih dari itu menunjukkan seseorang itu sedang mengalami gangguan. Gangguan muncul akibat kurang tarikan antara minda dan otot. Fikiran akan sukar tertidur bila otot masih tegang. Jadi, untuk mendapatkan tubuh dan minda yang sihat secara menyeluruh, dapatkan tidur yang berkualiti..


Sumber dipetik daripada majalah RAPI keluaran Januari 05

8 comments:

mmg syok kalo dpt tido... nak pulak mimpi nan indah2 belaka... huhuhu...

May 20, 2008 at 11:11 AM  

Tidor...sweet dreammmm tapi kadang2 terbangun tgh mlm pastu susah dah nk tidor balik..

May 20, 2008 at 12:38 PM  

re kelat:

lebih2 lagi kalau ujan tgh lebat...mmg syokkkkannnn


re akak:

ermmm...selalu juge terjadi pada saya camtuu..bila dah payah sgt nak tido, trus bgn buatlah kerja2 yg berpaedahh..

May 20, 2008 at 7:24 PM  

Maaf Intan.. lama tak tinggal jejak..

wah entri ni kena pada saya.. dah kat 3 pagi tak tidur lagi ni.. he he..

apa pun skrg ni agak sibuk sikit .. dan dgn anak2 mulai esok akan berada dgn saya dalam tempoh 10 hari ni.. kerana ibu mereka ke Umrah..

suka tema blog ni.. Keluarga Bahagia..

May 21, 2008 at 2:55 AM  

re kasawari:

ermm..mmg dah lama tak tinggalkan jejak..mmg susah nak jumpa jejak bertapak kasawari kat sini..

ooo..emak mereka pegi umrah..Saya ni teringin sangat nak pegi Umrah..bila agaknya akan terlaksana..

May 22, 2008 at 10:07 AM  

kalu terlebih tido..maka terlebih sihat le yek?

May 26, 2008 at 12:35 AM  

ermm..terlebih tidur tak bagus pulak.. jadi,tidur tu biar cukup2..jgn terlebih atau terkurang..

May 26, 2008 at 11:04 AM  

eh.. kasawari dah mula tinggal jejak tau.. he he.. top commentator tu lepas tolak tuan rumah.. he he

June 1, 2008 at 12:28 PM  

Newer Post Older Post Home

Read The Quran